Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.
Bayi malang terbabit kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu.
Akibatnya, bayi perempuan itu turut diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya.
Pemeriksaan perubatan turut mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kepala kanak-kanak berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, bertindak atas laporan pihak hospital, polis telah menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada 27 Oktober lalu di Batu Kawa bagi membantu siasatan.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Menurut Aidil, suspek nekad bertindak demikian kerana marah kepada ibu bayi perempuan itu yang lewat membayar upah.
Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam.
Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya adalah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Rohana Wahed
Sun Oct 28 2018

Bayi malang terbabit kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu. - Gambar hiasan
![AWANI Sarawak [19/01/2021] - RM81 juta untuk 'perang COVID-19' | 156 kes, satu kluster baharu AWANI Sarawak [19/01/2021] - RM81 juta untuk 'perang COVID-19' | 156 kes, satu kluster baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/18056980031611056502725/1886269_36721285181611056637208_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [19/01/2021] - RM81 juta untuk 'perang COVID-19' | 156 kes, satu kluster baharu
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta kepada JPBN Sarawak. - Kes keseluruhan COVID-19 di Sarawak cecah 2,367. Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Hasil PKP 2.0 masih belum dapat dilihat- Dr Noor Hisham
KKM masih belum dapat melihat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan pada ketika ini.

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 19 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta bagi tingkatkan fasiliti JPBNS
Kerajaa Sarawak meluluskan dana RM81 juta bagi meningkatkan fasiliti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.

COVID-19: Kluster Jalan Masjid antara 9 kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.

Perdana Menteri lawat Hospital Bersepadu di MAEPS
Hospital Bersepadu akan mula beroperasi pada 24 Januari ini bagi merawat pesakit kategori tiga dan empat.

PKP di seluruh negara, ini lima fokus sidang media Ismail Sabri pada Selasa
PKP dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

COVID-19: 118 pekerja Pasar Borong KL positif COVID-19
Setakat ini, Pasar Borong KL ditutup sementara waktu bagi tujuan sanitasi.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33868543831611051788929/1886261_36721284891611051984026_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan
Malaysia mencatatkan empat belas lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini.

Polis lancar Ops Tutup kesan kanak-kanak dan remaja perempuan dibawa lari lelaki bertopeng
Polis sedang mengesan sebuah van berwarna putih yang dipercayai digunakan untuk melarikan seorang kanak-kanak dan seorang remaja perempuan.

Remaja bunuh diri selepas dapat 69 peratus undian Instagram
Seorang remaja 16 tahun merealisasikan undian netizen yang mengundinya untuk "mati" dengan terjun bangunan di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah dekat sini malam tadi.

Lewat bayar upah, pengasuh dera bayi 14 bulan hingga sawan dan kritikal
Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.

Lelaki miliki syabu ditahan di Batu Kawa
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki Cina apabila berjaya diberkas kerana memiliki dadah berjumlah RM6000.