awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lewat kesan punca kes tibi meningkat di Melaka

Bernama
Bernama
24/05/2025
12:00 MYT
Lewat kesan punca kes tibi meningkat di Melaka
Kelewatan mengesan kes terus menjadi cabaran dalam usaha menangani penyakit batuk kering atau tuberkulosis (tibi) di Melaka. - Foto hiasan
MELAKA: Kelewatan mengesan kes terus menjadi cabaran dalam usaha menangani penyakit batuk kering atau tuberkulosis (tibi) di Melaka, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Beliau berkata meskipun semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di negeri ini menyediakan perkhidmatan saringan awal secara percuma dan penyakit itu boleh disembuhkan, masyarakat masih mengambil mudah jangkitan yang mampu membawa maut itu.
"Saban tahun, sekitar 500 hingga 700 pengesanan kes tibi aktif direkodkan di Melaka sejak sedekad lalu manakala sebanyak 530 kes dicatatkan pada tahun lalu.
"Jadi, saya berharap masyarakat lebih cakna dengan penyakit ini dan sarankan mereka yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam dan batuk berdarah segera membuat saringan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 dan Kembara Wellness On Wheel sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang di Japerun Sungai Udang, di sini, hari ini.
Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin yang juga Penyelaras DUN Sungai Udang dan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Dr Ruzita Mustaffa.
Beliau berkata pelbagai strategi dilaksanakan KKM dan Jabatan Kesihatan negeri termasuk melakukan saringan aktif tibi di kawasan berisiko dan institusi tertutup seperti penjara, bekerjasama dengan klinik panel Perkeso, klinik swasta serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperluas akses diagnosis dan kempen kesedaran menerusi pelbagai platform.
"Kita mahu masyarakat bersama-sama kami untuk hentikan penyakit ini dengan melakukan saringan dan ini turut melibatkan kontak rapat pesakit tibi, pesakit HIV, perokok aktif serta pesakit kronik iaitu mereka perlu melakukan saringan secara berkala.
"Kita ada rawatan lengkap yang menyeluruh yang diberikan secara percuma malah ia boleh dilakukan di Klinik Kesihatan dengan hanya mengambil sampel kahak sahaja sekali gus mencapai sasaran sifar tibi menjelang tahun 2035," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tibi
#lewat kesan
#Melaka
#kes meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan