Astro Publication
Thu Aug 28 2014
Lexus Malaysia sekarang mempunyai tujuh bilik pameran di seluruh negara dengan pembukaan fasiliti terbaru yang mewakili jenama kenderaan tersohor itu. Dikenali secara rasmi dengan nama Lexus Ipoh, ia terletak di Jalan Kuala Kangsar dengan keluasan keseluruhan sebanyak 30,000 kaki persegi.
Lexus Ipoh merupakan kemudahan Lexus yang kedua dibuka bagi tahun ini selepas Lexus Kuching yang mula beroperasi pada bulan June lepas. Selain daripada itu, terdapat juga bilik pameran Lexus di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Pulau Pinang dan Johor. Destinasi seterusnya bagi Lexus Malaysia adalah Melaka.
“Lexus Malaysia sudah melabur hampir RM90 juta untuk melebarkan jaringan kami,” kata Tan Sri Asmat Kamaludin, pengerusi UMW Toyota Motor yang hadir di acara pembukaan Lexus Ipoh ini. Beliau menambah, “Lexus Melaka dijadualkan untuk dibuka pada suku keempat 2014.”
Turut hadir pada majlis ini adalah Datuk Takashi Hibi, timbalan pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor, Goh Kian Sin, pengerusi eksekutif Telegamas Motors Sdn Bhd, dan Goh Kian Chuan, pengarah urusan Telagamas Motors Sdn Bhd.
Telagamas Motors adalah pengusaha Lexus Ipoh dan sebelum ini menjadi antara wakil Toyota serta Lexus yang berjaya. Mereka sendiri telah melabur sebanyak 15 juta untuk Lexus Ipoh ini.
Lexus Ipoh adalah bangunan dua tingkat yang merangkumi aras mezanin dan ruang stok kereta yang terletak di bumbung. Sesuai dengan imej Lexus, kemudahan ini direka dengan rekaan kontemporari moden, di mana ruang pamerannya boleh dimuatkan empat model Lexus. Pusat servisnya mempunyai empat ruang membaiki. Seramai 16 pekerja yang terlatih ditempatkan di pusat servis ini.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Lexus Ipoh mula operasi
Setakat ini sebanyak RM90 juta telah dilabur Lexus Malaysia ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka