KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan kembali RM1.8 bilion tunggakan cukai daripada Tan Sri Larry Low Hock Peng, bapa kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan mengenai satu kes tanpa mendengar keterangan saksi.
Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah yang menyampaikan keputusan itu semalam membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan Hock Peng membayar kos RM3,000.
Mahkamah turut menolak permohonan Hock Peng untuk membatalkan saman yang difailkan kerajaan melalui LHDN.
LHDN diwakili Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad, Al-Hummidallah Idrus dan Muhammad Aiman Abdullah manakala peguam Yatiswara Ramachandran, Francis Tan dan Oh Chong Ghee bertindak bagi pihak Hock Peng.
Pada 24 Mac 2021, kerajaan selaku plaintif memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Hock Peng selaku defendan sebanyak RM1,884,098,662.55 dengan faedah pada lima peratus setahun dari tarikh penghakiman ini (1 Feb) hingga tarikh realisasi dan kos.
Permohonan itu dibuat antaranya atas alasan cukai yang terhutang dan kenaikan-kenaikan yang dikenakan di bawah peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 boleh didapatkan kembali sebagai suatu cukai yang genap masanya dan kena dibayar.
Hock Peng memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 22 Mac 2021, antaranya kerana taksiran-taksiran untuk tahun 2011 dan 2012 serta taksiran tambahan bagi 2013 dan 2014 adalah tidak sah kerana taksiran tersebut dilakukan melebihi lima tahun daripada tahun taksiran ke atas pendapatan yang didakwa telah terakru tanpa mematuhi Seksyen 91 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Kerajaan yang memfailkan saman itu pada 19 Jan 2021, mendakwa, Hock Peng gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012 dan Tahun-tahun Taksiran Tambahan bagi 2013, 2014, 2015 dan 2018 termasuk kenaikan yang dikenakan berjumlah RM1,884,098,662.55.
Pada 18 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan kembali RM1.05 bilion tunggakan cukai daripada Jho Low. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan kembali RM1.8 bilion tunggakan cukai daripada Larry Low Hock Peng, bapa kepada Jho Low. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
LHDN dapat penghakiman terus saman cukai RM1.8 bilion terhadap bapa Jho Low
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan mengenai satu kes tanpa mendengar keterangan saksi.
Jho Low, bapa dijatuhi hukuman penjara kerana menghina mahkamah
Dua beranak itu melanggar pembekuan aset atau perintah injunksi Mareva yang memerlukan mereka mendedahkan lokasi keberadaan dan aset.
Aset AS$1.4 bilion: Jho Low, bapa gagal ketepi injunksi
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak semasa prosiding dalam talian hari ini.