PUTRAJAYA:Kerajaan menaruh harapan tinggi agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip cukai berjumlah RM127 bilion yang ditetapkan pada tahun ini selain kutipan cukai langsung sebanyak RM143.9 bilion bagi 2021.
Ketika berkongsi harapan itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, LHDN berperanan penting untuk memastikan kutipan cukai sentiasa di tahap optimum walaupun usaha terbabit sebegitu mencabar dalam situasi pandemik COVID-19.
Menurutnya, keupayaan LHDN memungut hasil negara secara efektif akan turut memudahkan kerajaan merealisasikan agenda pemulihan dan pembangunan negara yang digariskan dalam Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12.
"Usaha merealisasikan agenda kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara tidak akan tercapai jika tiada sumber kewangan yang mencukupi.
"Oleh itu, saya menyeru semua warga kerja LHDN untuk terus melaksanakan tugas bagi memastikan kerajaan mempunyai dana mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDN 2020 secara dalam talian, hari ini.
Tengku Zafrul turut menyifatkan Belanjawan 2021 itu sebagai medium mensejahterakan rakyat dan menyokong sektor perniagaan menerusi pengenalan langkah percukaian yang memberi manfaat kepada golongan sasar.
Ini menerusi pengurangan kadar cukai pendapatan, kenaikan had pelepasan serta perluasan skop pelepasan cukai pendapatan, pengecualian duti setem transaksi tertentu dan pemberian galakan cukai kepada syarikat secara bersasar.
Malah, keputusan tidak memperkenalkan sebarang cukai baharu adalah antara usaha berterusan kerajaan untuk menstabilkan ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19, katanya.
Kerajaan turut mengambil kira usaha memperkemas hasil cukai dengan menyentuh ekonomi bayangan yang bersaiz sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta membendung aktiviti penyeludupan produk yang berkadar cukai tinggi.
"Langkah menyelaraskan usaha membendung aktiviti ekonomi bayangan seperti penyeludupan, sudah tentu membawa manfaat yang tinggi kepada hasil negara dan juga kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan," katanya.
Menyentuh acara tahunan Hari Inovasi Dan Integriti LHDN, Tengku Zafrul berkata, ini membolehkan LHDN di tahap kesediaan tinggi dalam mendepani ledakan Revolusi Industri 4.0 menerusi pendigitalan semua proses kerjanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, sebagai agensi pemungut cukai di bawah Kementerian Kewangan, LHDN akan terus gigih melaksanakan tugas menjana sumber kewangan diperlukan kerajaan demi memulihkan ekonomi biarpun dalam situasi kritikal ketika ini.
"Pelbagai inisiatif telah diambil oleh LHDN bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan percukaian di samping membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik ini," katanya yang berucap dari Menara Hasil di Cyberjaya dekat sini.
Selain itu, pada sambutan kali ini, LHDN melancarkan tiga produk percukaian baharu seperti Buku Pelan Korporat LHDN 2021-2025 yang juga manifestasi pelan dan strategi lima tahun agensi itu dan MyTax iaitu gerbang maklumat dan pusat sehenti untuk pembayar cukai.
Produk lain ialah APM Digital Learning Hub - platform e-pembelajaran pelbagai pilihan kandungan komprehensif termasuk video, buku dan sumber lain berkaitan kemahiran termasuk perniagaan dan pengurusan, pembangunan kepimpinan serta transformasi digital. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020
Tengku Zafrul berkata, LHDN berperanan penting untuk memastikan kutipan cukai sentiasa di tahap optimum walaupun usaha terbabit sebegitu mencabar dalam situasi pandemik COVID-19.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Banjir: Tiga pejabat LHDN di Kedah ditutup sementara
Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kedah ditutup sementara mulai hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan terlibat.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.82 juta
Panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai'mah mempunyai merit.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.
Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
LHDN gesa lebih banyak syarikat sertai Program TCG, mantapkan pengurusan cukai
LHDN menggesa lebih banyak syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk menyertai Program TCG bagi memantapkan pengurusan cukai syarikat mereka.
Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan - PM Anwar
Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman yang dilapor berhutang dengan LHDN disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.