CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh masa penguatkuasaan sistem invois elektronik (e-invois) yang dijadual dijalankan sepenuhnya pada 1 Julai 2025.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta akan melaksanakan sistem berkenaan mulai 1 Ogos ini.
Manakala bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), beliau berkata syarikat berkenaan mempunyai tempoh lebih kurang setahun lagi untuk terlibat dalam sistem berkenaan.
"Di pihak LHDN kita akan sediakan segala kemudahan bagi membantu pengusaha kecil, antaranya kita ada portal percuma untuk mereka.
"Apa yang penting untuk kita beri pendidikan bagaimana mereka boleh menggunakan kemudahan yang ada ini. LHDN akan ambil masa setahun ini untuk berjumpa dengan semua peniaga kecil bagi menerangkan bagaimana mereka boleh turut serta dalam program ini (e-invois).
"Ketika ini kita tidak ada lagi cadangan untuk memberi lanjutan masa tetapi lebih untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada mereka (PKS) bagaimana mereka turut serta dalam e-invois ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Raya LHDN 2024: Gema Lebaran Aidilfitri di sini pada Selasa.
Jelas Abu Tariq, pelbagai program telah dirancang menerusi pejabat LHDN di seluruh negara bagi membantu pembayar cukai dan pengusaha yang ingin mengemukakan e-invois.
Terdahulu, LHDN memaklumkan syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan projek rintis e-invois boleh mula mengakses persekitaran pengujian (Sandbox) MyInvois bermula 10 April.
Inisiatif e-invois di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diperkenalkan seiring Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) 2.0 dan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Syarikat dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta, akan mula mengguna pakai e-invois pada 1 Januari 2025, dengan penguatkuasaan penuh pada 1 Julai 2025.
Hasimi Muhamad
Tue Apr 30 2024
Inisiatif e-invois di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diperkenalkan seiring Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) 2.0 dan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) - Foto/fail
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.