awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
Azizulhasni raih emas acara pecut elit Siri Trek ASEAN
Pelabuhan Tanjung Pelepas pecah rekod kendali 14 juta TEU pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Libatkan anak muda dalam hala tuju PTPTN - Bersatu Sabah

Bernama
Bernama
17/10/2019
22:51 MYT
Libatkan anak muda dalam hala tuju PTPTN - Bersatu Sabah
Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pendekatan itu penting untuk memastikan PTPTN dapat digerakkan pada landasan yang tepat. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan, kususnya Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disaran mewujudkan mekanisme lebih menyeluruh untuk memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk terlibat dalam proses penentuan dasar dan hala tuju PTPTN.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pendekatan itu penting untuk memastikan PTPTN dapat digerakkan pada landasan yang tepat dengan memahami aspirasi generasi muda.
Beliau turut menekankan kepentingan kefahaman dan kerjasama semua pihak bagi memastikan PTPTN terus berkembang dan bergerak dengan dana yang stabil dan mencukupi.
"Kerjasama ini termasuk para peminjam agar mereka melaksanakan tanggungjawab pembayaran bagi memastikan dana terus tersedia bagi pelajar baharu yang memerlukan sumber pembiayaan pendidikan,"katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi.
Di samping itu, katanya, perlu dipertimbangkan kewujudan pilihan pelan pembayaran yang lebih feksibel dengan mengambil kira situasi peminjam.
"PTPTN adalah salah satu institusi yang amat penting dalam menjayakan agenda 'Pendidikan Untuk Semua' yang mana tidak ada anak watan terhalang untuk melanjutkan pendidikan kerana faktor kekangan kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Bersatu Sabah
#hala tuju PTPTN
#Kementerian Pendidikan
#Khairul Firdaus Akbar Khan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan