awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Libya bagai dilanda garuda

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2023
01:15 MYT
Libya bagai dilanda garuda
Orang ramai masih mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan yang terjadi akibat ribut yang melanda Derna, Libya, 13 Sept 2023. (Foto AP)
TRIPOLI: Usaha bantuan global untuk Libya dipergiatkan pada Khamis selepas banjir dahsyat seperti gelombang tsunami meragut sekurang-kurangnya 4,000 nyawa.
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di negara itu setelah ia membadai Turkiye, Bulgaria dan Greece.
Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), kematian berskala besar itu sebenarnya boleh dielakkan jika sistem amaran awal dan pengurusan kecemasan berfungsi dengan baik di negara bergolak tersebut.
“Pemindahan segera penduduk boleh dilakukan jika usaha penyelarasan dibuat secara teratur dan ia sedikit sebanyak dapat meminimumkan angka korban.
“Konflik berlarutan di Tripoli sejak 2011 telah memberi impak kepada rangkaian pengawasan meteorologi dan sistem teknologi maklumat (IT),” kata ketuanya, Petteri Taalas.
Ketika ini ratusan beg mayat membanjiri laluan yang berselut di Derna dan menunggu masa untuk dikebumikan secara beramai-ramai.
Kebanyakan penduduk masih trauma dengan insiden tersebut yang telah memusnahkan harta-benda, selain mengorbankan nyawa orang tersayang.
Bagi mengurangkan beban penduduk terkesan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara Asia Barat serta Afrika Utara berganding bahu menghantar pasukan penyelamat dan bantuan kemanusiaan terdiri daripada keperluan asas termasuk khemah kecemasan serta bekalan ubat-ubatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Libya
#Ribut Daniel
#banjir lumpur
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan