Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen) Datuk Liew Vui Keong hari ini menafikan dakwaan yang beliau telah masuk campur dalam keputusan Mahkamah Rayuan Singapura menangguhkan pelaksanaan hukuman gantung terhadap seorang rakyat Malaysia, P. Pannir Selvam.
Liew, dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan, yang beliau telah bercakap dengan Menteri Kanan Singapura di Kementerian Undang-Undang Rabu lepas mengenai kes Pannir, selepas tidak dapat bercakap dengan Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang K. Shanmugam, yang tidak ada pada masa tersebut.
Katanya, beliau juga telah memohon kebenaran Menteri Luar untuk berkomunikasi dengan kerajaan Singapura dan telah menghantarkan satu e-mel kepada mereka, di mana beliau telah membuat satu penyataan berdasarkan kepada asas undang-undang yang sah.
"Pertuduhan mengatakan saya telah masuk campur terhadap sistem perundangan mereka adalah tidak berasas. Ia hanyalah satu imaginasi pihak tertentu," katanya.
Liew berkata, beliau mengeluarkan kenyataan itu bagi membetulkan pandangan pihak tertentu untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan yang berterusan dan sindiran yang tidak perlu, kerana terdapatnya satu tuduhan yang serius dibuat terhadapnya, oleh pihak tertentu dari seberang tambak.
Jelas beliau, Pannir telah memohon untuk mendapatkan semakan atas penghakiman terhadapnya Rabu lepas, dengan mempertikaikan penolakan pihak pendakwaan yang tidak mengambil kira dakwaan yang beliau telah membantu polis Singapura sewaktu penyiasatan kes pengedaran dadah di negara itu.
Warga Malaysia berusia 32 tahun itu juga telah mengemukakan satu cabaran ke atas penolakan pengampunan daripada Presiden Singapura yang menurut Pannir, hanya diserahkan kepadanya pada 17 Mei 2019, iaitu pada hari yang sama kakaknya dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman gantung terhadapnya.
"Perbicaraan rayuan itu telah ditetapkan pada Khamis jam 2.30 petang di hadapan Mahkamah Rayuan Singapura yang mana, selepas mendengar hujahan daripada peguam Pannir, atas asas pro bono, cuma satu jam sebelum perbicaraan, membenarkan penangguhan hukuman mati tersebut dan pelaksanaan hukuman mati yang telah ditetapkan pada Jumaat, kemudiannya dibatalkan segera," katanya.
Liew berkata walaupun beliau tidak berpeluang membaca asas kepada keputusan tersebut, tetapi dengan jelas terlihat bahawa Mahkamah Singapura telah membuat keputusan itu dengan mengambil kira situasi yang berlaku pada masa itu dan kedaulatan undang-undang yang terpakai untuk kes tersebut.
"Justeru, adalah sama sekali tidak boleh dipertahankan untuk mendakwa bahawa ada campur tangan daripada saya terhadap proses kehakiman berkenaan," katanya.
"Saya dan semua di Malaysia, menghormati keputusan mahkamah Singapura," kata Liew.
Pannir, yang didapati bersalah mengedar dadah, pada asalnya dijadualkan untuk menjalani hukuman gantung, Jumaat lepas, sebelum Mahkamah Rayuan Singapura pada Khamis lepas membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman bagi membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.
Pannir didapati bersalah pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84 gram diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2019
Liew berkata walaupun beliau tidak berpeluang membaca asas kepada keputusan tersebut, tetapi dengan jelas terlihat bahawa Mahkamah Singapura telah membuat keputusan itu dengan mengambil kira situasi yang berlaku pada masa itu. - Gambar fail
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.