Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengambil keputusan untuk memasarkan hak penyiaran Liga Malaysia 2018 secara terus kepada stesen televisyen yang berminat selepas ia diumumkan di Johor Bahru, hari ini.
"Bagi hak penyiaran, FMLLP mengambil keputusan memasarkannya sendiri kepada penyiar dan tidak melalui agensi.
"Kami akan mengumumkan perjanjian penyiaran yang telah dicapai dalam masa yang terdekat," kata Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam.
Terdahulu, FMLLP menandatangani perjanjian dengan Ampersand Sports Sdn Bhd untuk melantik syarikat itu sebagai agensi eksklusif bagi hak penajaan Liga Malaysia.
Ia membabitkan perjanjian selama lima tahun bermula tahun depan yang merangkumi Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala FA dengan memberi pulangan minimum sebanyak RM104 juta kepada FMLLP.
Majlis perjanjian disempurnakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Pengerusi FMLLP, dan Pengerusi Ampersand Sports, Tan Sri Vincent Lee.
"Ampersand Sports membawa kepakaran perhubungan awam, kreatif dan komunikasi yang merupakan sebahagian daripada pelan tindakan (blueprint) untuk membawa bola sepak Malaysia ke peringkat seterusnya.
"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan rakan yang dihormati seperti Vincent dalam meningkatkan nilai komersial liga," kata Tunku Ismail.
Astro Arena
Tue Nov 28 2017
Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan) bersama Pengerusi Ampersand Sports, Tan Sri Vincent Lee di majlis menandatangani perjanjian dengan Ampersand Sports. Gambar - Media FMLLP.
Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan
Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas.
2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.
Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.
Rawatan ikut keselesaan Faisal Halim - Ketua Perubatan Sukan SFC
SFC memberi tumpuan kepada bahagian bahu dan siku pemain sayap Gergasi Merah itu dalam usaha mendapatkan functional movement.
Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal
Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.
Permohonan ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik dibuka
Permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2024/2025 ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik kini dibuka hingga 22 Julai depan.
Paris 2024: Nadal sah tidak sertai Wimbledon untuk fokus pada Olimpik
Pemenang 22 gelaran utama itu akan bertanding dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki, di gelanggang tanah liat Roland-Garros.
Pemain Itali tak boleh sentuh PlayStation
Jurulatih berusia 65 tahun dilaporkan melarang pemain Gli Azzurri bermain konsol PlayStation termasuk selepas waktu tengah malam.
Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.
Penyasaran subsidi diesel: KPDN panggil 10 syarikat umum kenaikan harga
Armizan memaklumkan, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Liga M: Hak penyiaran diberi terus kepada stesen televisyen
FMLLP mengambil keputusan memasarkannya sendiri kepada penyiar dan tidak melalui agensi untuk Liga Malaysia 2018