KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah bersedia untuk melakukan penstrukturan Liga Malaysia (Liga-M) yang menyaksikan penyertaan 18 pasukan dalam saingan Liga Super manakala Liga Premier dihentikan sementara bermula musim 2023.
Melalui penstrukturan itu, badan pentadbir Liga-M akan turut memperkenalkan saingan Liga Simpanan bermula musim depan melibatkan kesemua 18 pasukan Liga Super 2023 yang perlu menyediakan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) masing-masing bagi saingan tersebut.
MFL dijangka mengusulkan cadangan penstrukturan berkenaan dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ketiga yang berlangsung pada Rabu dengan kesemua 21 rakan kongsi terdiri daripada 12 pasukan Liga Super dan sembilan wakil Liga Premier akan membuat undian terhadap usul tersebut.
Menurut sumber terdekat MFL antara objektif utama penstrukturan itu adalah menjadikan saingan liga tempatan lebih kompetitif dan memberikan lebih banyak minit permainan kepada pemain.
"Penstrukturan ini antara lain disebabkan kita merujuk tinjauan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mendapati pemain bola sepak di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif di peringkat domestik," katanya kepada Bernama di sini.
"Jadi bayangkan penyerang utama skuad kebangsaan kita ketika ini hanya beraksi kurang daripada 30 perlawanan setahun termasuk saingan liga, Piala FA dan Piala Malaysia. Itu belum tolak jika dia cedera dan diketepikan," tambah beliau.
Awal Januari lepas, Bernama melaporkan FIFA mengesyorkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya saingan Liga Super dan Liga Premier dipanjangkan bagi menyediakan jumlah perlawanan yang ideal kepada pemain berdasarkan tinjauan yang dilakukan badan induk dunia itu.
FIFA ketika itu mencadangkan supaya saingan liga dijalankan secara tiga pusingan dengan setiap pasukan akan bertemu antara satu sama lain sebanyak tiga kali, berbanding dua perlawanan yang perlu dilalui dalam format pertandingan sekarang.
Ketika ini, sebanyak 12 pasukan bertanding dalam Liga Super sementara 10 dalam Liga Premier yang menyaksikan pasukan kedua-dua liga berkenaan masing-masing menempuh 22 dan 18 aksi semusim.
Mengambil contoh beberapa liga terbaik di dunia, setiap pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), LaLiga (Sepanyol) dan Serie A (Itali) masing-masing menempuh 38 perlawanan semusim manakala bagi kancah Bundesliga (Jerman) setiap pasukan beraksi sebanyak 36 perlawanan.
Sementara di peringkat Asia Tenggara, saingan liga di Indonesia menampilkan 34 perlawanan keseluruhan sementara liga di Thailand dan Vietnam masing-masing 30 dan 26 perlawanan.
Sumber berkata penstrukturan Liga Super akan menyaksikan setiap pasukan mengharungi 34 perlawanan liga semusim dan pemain berpeluang mencapai bilangan lebih 40 perlawanan jika pasukan diwakili berjaya mara lebih jauh dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.
Katanya dari sudut komersial, lebih banyak perlawanan akan menyaksikan lebih banyak siaran langsung sekali gus bukan sahaja MFL, malah pasukan turut boleh menarik lebih banyak penaja yang akan memberi kelebihan daripada aspek kewangan.
"Ini juga memberi peluang kepada pasukan kecil bermain menentang pasukan elit dan ia akan menarik lebih ramai penyokong ke stadium untuk menyaksikan pemain-pemain hebat beraksi, penyokong sudah tentu teruja," kata sumber.
Dalam pada itu, beliau berkata Liga Simpanan yang bakal diperkenalkan tidak boleh dianggap sebagai medan pembangunan pemain sebaliknya pentas persediaan mereka ke Liga Super dengan liga tersebut turut membenarkan penyertaan pemain import.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Menurut sumber terdekat MFL, antara objektif utama penstrukturan itu adalah menjadikan saingan liga tempatan lebih kompetitif.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Liga Super berwajah baharu dengan penyertaan 18 pasukan bermula 2023?
Melalui penstrukturan itu, badan pentadbir Liga-M akan turut memperkenalkan saingan Liga Simpanan bermula musim depan.