KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangka giliiran Kedah Darul Aman FC dibaham Johor Darul Ta'zim (JDT) yang meneruskan momentum kemenangannya dengan berpesta gol 6-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, malam tadi.
Jaringan pembuka tirai oleh penyerang sensasi kelahiran Argentina, Fernando Martin Forestieri, pada minit ke-23 melengkapkan saingan babak pertama sebelum 'mengganas' dengan lima gol pada babak kedua.
Pemain pertahanan, Muhamad Feroz Baharudin, kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-48, sebelum Oscar Pasero Arribas membolosi gawang pelawat, sekali gus mencetak gol ketiga, dua minit kemudian.
Sang Kenari terus berputih mata apabila pengadil Razlan Joffri Ali menghadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanannya Mohd Akmal Md Zahir menjatuhkan Bergson Gustavo Silveira Da Silva, dan menyaksikan pemain Brazil itu mudah menjaringkan gol pada minit ke-52.
JDT terus ganas memburu jaringan apabila Arif Aiman Mohd Hanapi turut meledak gol kelima buat Harimau Selatan pada minit ke 76, sebelum Leandro Sebastian Velazquez menutup tirai jaringan pada minit 86 untuk kemenangan kelapan berturut-turut pada aksi Liga Super.
Perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pula menyaksikan Selangor sekali lagi memanfaatkan beraksi di laman sendiri selepas menewaskan Kelantan 3-0 untuk merampas kedudukan kedua daripada Kedah Darul Aman..
Selangor yang dilihat mendominasi permainan pada minit awal perlawanan berjaya membuka tirai jaringan pada mminit ke-28 menerusi penyerangnya Ayron Del Valle.
Babak kedua menyaksikan skuad tuan rumah terus melakukan serangan ganas ke atas pasukan kendalian Frank Bernhardt dalam usaha memburu sebelum pemain gantian Ayron, Rauf Salifu menyumbat tenang jaringan kedua Selangor selepas menerima hantaran lorongan cantik daripada Mukhairi Ajmal pada minit ke-80.
Sembilan minit kemudian Rauf, yang menerima hantaran Mohd Norhakim Hassan, sekali lagi menghadiahkan jaringan buat pasukan kendalian Tan Cheng Ho dan keputusan kekal 3-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Sementara itu, Terengganu FC (TFC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
Kem tuan rumah mendominasi babak pertama dengan beberapa percubaan tepat seawal minit keempat, namun gol pertama berjaya diraih pada minit ke-22 menerusi Jordan Mintah yang menyempurnakan hantaran cantik Adidak Kraisorn.
Pada minit ke-52, Mintah sekali lagi menceriakan 4,000 penyokong tuan rumah apabila meledak gol kedua perlawanan dan gol keempat peribadi dalam saingan Liga Super musim ini.
Baki perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada jaringan dihasilkan hingga ke akhir perlawanan.
Dalam pada itu, perlawanan di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang menyaksikan Penang FC memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas membenam PDRM FC 4-2.
Kedua pasukan bermula ghairah memburu jaringan namun skuad kendalian Azzmi Aziz berjaya memecah kebuntuan dengan meledak jaringan seawal minit ketiga menerusi Marcus Macaule.
Gol terbabit tidak mematahkan semangat skuad tuan rumah apabila James Okwusa dan Soony Saad meledak jaringan pada minit ke-11 dan 17 sebelum PDRM membalas tentangan dengan jaringan kedua mereka menerusi Azmi Muslim pada minit ke-28.
Bersambung babak kedua, pasukan jagaan Chong Yee Fatt meledak jaringan sekali lagi hasil penyudah Soony pada minit ke-53 sebelum Rahmat Makasuf melengkapkan jaringan pada minit ke-69.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva dihalang pemain Kedah FC Bojan Ciger pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
Dua maut nahas motosikal, kereta
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Skudai, Pantai Lido menghala pusat bandar pada pagi Sabtu.
Malaysia sedia terajui Tahun Kemahiran ASEAN 2025
Malaysia menekankan aspirasi bagi menjadi tuan rumah Tahun Kemahiran ASEAN 2025 dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) semasa sesi perbincangan bersama sembilan pemimpin ASEAN.
Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan
Polis menerima dua laporan berhubung kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Jumaat.
Hujan lebat, ribut petir dijangka pada Aidiladha
MetMalaysia meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir berlaku di beberapa negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.
Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) semalam, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Keluhan peniaga Pasar Payang dapat perhatian MBKT
Zakaria berkata rayuan dan permohonan mereka akan dihantar kepada Exfo Kerajaan Terengganu dalam masa terdekat.
[TERKINI] JKM kenal pasti orang layak, sesuai jaga adik arwah Zayn Rayyan
Nancy berkata pihaknya telah menyenarai pendek beberapa nama yang dilihat layak dan sesuai.
Jenazah Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan
Jenazah bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Osman Cassim selamat dikebumikan pada 11.25 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut di sini.
Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.
PM umum berita gembira mengenai barangan makanan esok - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan
Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid, mendedahkan pasukan itu menanggung perbelanjaan gaji pemain secara keseluruhan mencecah RM1.7 juta sebulan.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
TFC di kedudukan teratas liga, benam Kelantan 3-0
Pasukan tuan rumah memperoleh jaringan pertama menerusi pemain import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-35.
KDN FC mahu bermain secara terbuka, kurangkan kesilapan bertemu TFC
Park Jaehong akan memastikan pemainnya bermain secara terbuka supaya jaringan dapat dilakukan ketika menentang TFC esok.