awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LIMA 2019: Mahu jadikan Malaysia sebagai negara aeroangkasa terkemuka - Tun Mahathir

Israr Khalid, Hasimi Muhamad
Israr Khalid, Hasimi Muhamad
26/03/2019
01:04 MYT
LIMA 2019: Mahu jadikan Malaysia sebagai negara aeroangkasa terkemuka - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat ruang pameran selepas pembukaan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. - Foto Bernama
Di bawah Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030, kerajaan merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara dan merupakan sebahagian daripada pasaran global.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagi memenuhi hasrat tersebut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Nasional telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan industri aeroangkasa.
“Ia meliputi kemudahan industri, pembangunan rantaian bekalan tempatan, pembangunan kecekapan, Penyelidikan & Teknologi (R & T), kerjasama antarabangsa dan pembangunan modal insan.
“Sehingga hari ini 19 inisiatif utama Rangka Tindakan sedang dilaksanakan oleh Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 2019), di Langkawi hari ini.
Pameran LIMA’19 kali ini disertai 350 syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa yang membabitkan 20 negara, diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).
Dr Mahathir berkata, Malaysia terkenal di peringkat global dengan produk aeroangkasa berkualiti yang dihasilkan untuk pengeluar aeroangkasa global seperti Airbus, Boeing, Rolls-Royce, Safran, Honeywell dan Thales.
Kata Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, pada tahun 2018 Industri Aeroangkasa Malaysia menyaksikan perkembangan positif terutamanya dalam pembuatan aeroangkasa dan perniagaan MRO (Penyelenggaraan, Pembaikan & Pemulihan).
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada pembukaan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA‘19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.
 - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada pembukaan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA‘19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.
 - Foto Bernama
Destinasi eksport meliputi negara Amerika Syarikat (AS), Singapura, United Kingdom, China dan Perancis.
“Industri memperoleh hasil sebanyak RM14.4 bilion dengan 24,500 pekerja mahir berkhidmat dalam industri.
“Sektor pembuatan aeroangkasa terus menerajui industri dengan 48 peratus (%) saham pasaran manakala MRO menyumbang sebanyak 46% daripadanya.
“Tahun lepas, jumlah eksport pesawat dan peralatan serta alat ganti adalah bernilai RM8.48 bilion, peningkatan sebanyak 20.7% berbanding dengan 2017,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#aeroangkasa
#Asia Tenggara
#Langkawi
#LIMA2019
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan