LANGKAWI: Pemodenan tentera laut adalah penting dan pasukan itu perlu sentiasa diperbaharui dengan teknologi terkini berkaitan ketenteraan laut, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata pengabaian aspek itu akan menimbulkan kesukaran kepada pelayar dan rakyat, selain memastikan angkatan tentera laut bergerak seiring dengan ekonomi moden.
"Tentera laut mestilah bersedia untuk menghadapi sebarang senario, dilengkapi kebijaksanaan, kecerdikan dan pengalaman untuk menangani perkara yang tidak dijangka.
"Sejarah telah menunjukkan kepada kita bahawa dengan perkembangan teknologi, landskap keselamatan dan sifat hal ehwal maritim turut berubah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya pada Perbincangan Meja Bulat Ketua-Ketua Tentera Laut (CNRT) sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini.
Mohamad berkata kekayaan sesebuah negara menerusi aktiviti ekonomi berasaskan maritim saling dipengaruhi oleh keupayaannya untuk menangani isu-isu keselamatan maritim.
"Di Malaysia, kami memperkukuh kedudukan kami dan berkembang maju sebagai "Maritime Nation with Continental Roots" (negara maritim benua) mengikut Kertas Putih Pertahanan kami," katanya.
Bagaimanapun Mohamad berkata beliau mengakui pemodenan tidak datang percuma dan belanjawan (untuk pemodenan) perlu diteliti oleh pihak berkuasa berkaitan, memandangkan pengabaian keselamatan maritim boleh menimbulkan cabaran atau kesukaran dalam bidang lain.
Terdahulu Mohamad merasmikan CNRT bertemakan 'The Future of Naval Technology in a Changing Security Landscape: Global and Regional Trends' (masa depan teknologi tentera laut dalam landskap keselamatan yang berubah: trend global dan serantau).
Turut hadir Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Pemodenan tentera laut adalah penting dan pasukan itu perlu sentiasa diperbaharui dengan teknologi terkini berkaitan ketenteraan laut. -Gambar hiasan/Bernama
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur
UNRWA memutuskan untuk menutup ibu pejabatnya di Baitulmaqdis Timur selepas penduduk Israel berulang kali membakar kawasan berhampiran premis itu.
Kuala Kubu Baharu selepas peristiwa empangan pecah
Terbentuknya Kuala Kubu Baharu melalui beberapa fasa termasuk peristiwa empangan pecah meragut 33 nyawa pada 24 Oktober 1883.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
PRK Kuala Kubu Baharu: Komponen BN bertanggungjawab bantu calon Kerajaan Perpaduan
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan.
Konflik Iran-Israel: Tiada keperluan mendesak bawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Lubnan dan Jordan
Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan MKN.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad
Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya dalang.
Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.
Kementerian Luar rai duta, perwakilan asing dalam majlis berbuka puasa
Menteri Luar rai perwakilan asing, duta dan warga kementerian dalam satu majlis berbuka puasa, malam tadi.