awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis 2: Empat angkasawan bakal sertai misi NASA ke bulan seawal Februari
Shamsul Iskandar kemuka permohonan pindah pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Agong zahir nasihat penjawat awam kekal integriti, perkukuh tadbir urus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima daerah di Sabah dilanda banjir kilat

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
21/09/2021
15:27 MYT
Lima daerah di Sabah dilanda banjir kilat
Sebanyak lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi, hari ini. - Foto APM
KOTA KINABALU: Sebanyak lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi, hari ini. Antara daerah-daerah yang tebabit ialah Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang, Kota Belud dan Beaufort.
Namun begitu, setakat 6 petang tadi, hanya daerah Sipitang dan Kota Belud sahaja yang mencatatkan pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, seramai 40 orang mangsa banjir membabitkan dua daerah berkenaan kini berada di PPS mengikut daerah masing-masing.
Katanya, seramai 22 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol, Kota Belud.
"Manakala 18 penduduk terjejas banjir membabitkan enam keluarga di Sipitang kini dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol. Daerah lain belum terdapat sebarang pemindahan mangsa setakat ini.
"Bagaimanapun, kita sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir di kawasan lain ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Dunstan Peter berkata, kejadian tanah runtuh berulang sekali lagi di Apartmen Country Heights hari ini.
“Pasukan bomba juga mengarahkan pihak pengurusan untuk melantik kontraktor bagi mengalihkan tanah runtuh selain membuat laluan air sementara bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
“Tiada mangsa atau keadaan yang membahayakan terjadi dalam kejadian tanah runtuh berkenaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Sabah
#Kota Kinabalu
#Penampang
#Sipitang
#Kota Belud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan