awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima daripada 14 pelajar dicekup Ops Ponteng positif dadah

Bernama
Bernama
12/08/2018
21:48 MYT
Lima daripada 14 pelajar dicekup Ops Ponteng positif dadah
Seramai lima daripada 14 pelajar yang dicekup dalam Operasi Ponteng Sekolah Siri 3 di sekitar Kampung Baru, Seberang Takir didapati positif bagi dadah jenis methamphetamine, morfin dan heroin. -Gambar hiasan
Seramai lima daripada 14 pelajar yang dicekup dalam Operasi Ponteng Sekolah Siri 3 di sekitar Kampung Baru, Seberang Takir didapati positif bagi dadah jenis methamphetamine, morfin dan heroin.
Operasi yang diketuai oleh Skuad Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kelab Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan turut dibantu oleh agensi lain seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi Penguatkuasaan Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Nerus.
Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Nerus, Md Azmi A.Aziz berkata operasi itu adalah antara usaha berterusan penduduk setempat membanteras gejala ponteng sekolah yang membawa kepada permasalahan sosial lain seperti penagihan dadah dan curi.
"14 Pelajar yang ditahan adalah pelajar daripada enam buah sekolah menengah di sekitar Kuala Nerus. Lima daripadanya yang positif dadah berusia antara 13 hingga 17 tahun.
"Ujian saringan air kencing ini dijalankan oleh AADK. AADK kerap menjalankan ujian ini di sekolah, tetapi mereka ini dapat lari dengan ponteng atau tidak hadir ke sekolah, " katanya ketika dihubungi.
Semua pelajar yang ditahan termasuk positif dadah diserahkan ke sekolah masing-masing untuk tindakan lanjut termasuk menjalani kaunseling.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelab Rukun Tetangga
#KRT
#Md Azmi A Aziz
#operasi
#pelajar
#Skuad Skim Rondaan Sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan