KULAI: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memutuskan satu rangkaian penyeludupan minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM300,000 di sekitar Johor Bahru, dengan penahanan lima suspek semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Supt Dimin Awang berkata, tangkapan dibuat pada jam 2 petang di sebuah premis di Jalan Merak, Taman Wawasan, di sini.
Katanya, suspek yang ditahan terdiri daripada tiga warga tempatan dan dua warganegara asing, berumur dalam lingkungan 34 hingga 42 tahun.
"Keseluruhan minyak bersubsidi yang dirampas ialah 40,000 liter.
"Turut dirampas, dua lori, lima tong kosong, lima pam minyak diesel, hos dan dua tangki besi yang boleh memuatkan 20,000 liter minyak setiap satu.
"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM300,300. Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut.
"Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak (diesel) bersubsidi di sekitar daerah Johor Bahru," katanya.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Apr 04 2022
Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah Johor Bahru. - Foto ihsan PGA
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
Jenayah penipuan pekerjaan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Polis tahan enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud
Polis menahan enam lelaki warga China selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian tidak wujud, menerusi serbuan di sekitar Seremban 2 di sini, dua hari lepas.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Op Tiris: KPDN sita 6,000 liter minyak diesel bersubsidi
Sebanyak 6,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel yang ditemui di dalam tangki IBC dan skidtank telah disita.