DUNIA
Pengarah muzik 'American Idol' dan suami ditemui mati di rumah LA

Robin Kaye merupakan figura penting dalam dunia muzik televisyen, berkhidmat sebagai pengarah muzik American Idol sejak 2009 dan terlibat dalam lebih 280 episod. - Foto X/Pop Crave
LOS ANGELES: Industri muzik dan televisyen Amerika Syarikat (AS) digemparkan dengan berita kematian tragis Robin Kaye, pengarah muzik terkenal rancangan American Idol, dan suaminya Thomas Deluca, yang ditemui mati akibat tembakan di kediaman mereka di Encino, Los Angeles, pada Isnin lalu.
Ringkasan AI
- Pengarah muzik 'American Idol, Robin Kaye, dan suaminya, Thomas Deluca, ditemui mati akibat tembakan di kediaman mereka, dipercayai dibunuh oleh jiran muda, Raymond Boodarian.
- Suspek menceroboh rumah mereka dan ditahan sehari selepas kejadian; polis sedang menyiasat motif dan latar insiden.
- Robin Kaye dikenang sebagai figura penting dalam dunia muzik TV AS, terlibat dalam lebih 280 episod 'American Idol' dan pelbagai produksi besar lain.
Suspek dikenali sebagai Raymond Boodarian, 22, yang tinggal di kawasan kejiranan sama.
Menurut siasatan awal, Boodarian dipercayai menceroboh rumah pasangan itu melalui pintu yang tidak dikunci dan menembak mereka apabila mereka pulang ke rumah.
Dia ditahan pada Selasa malam dan kini berdepan siasatan lanjut.
Robin Kaye merupakan figura penting dalam dunia muzik televisyen, berkhidmat sebagai pengarah muzik American Idol sejak 2009 dan terlibat dalam lebih 280 episod.
Beliau juga pernah bekerja untuk Lip Sync Battle, Miss Universe, dan NAACP Image Awards.
Suaminya, Deluca, ialah seorang penulis lagu dan pemuzik yang album terakhirnya, Street Rock, diterbitkan pada 2022.
Pihak produksi American Idol menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian pasangan tersebut, menyifatkan Robin sebagai “tulang belakang keluarga Idol” dan seorang yang “disayangi serta dihormati oleh semua yang mengenalinya”.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami