awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun

Bernama
Bernama
11/07/2024
08:46 MYT
Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam. - Bernama
ALOR SETAR: Polis mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes dua beradik yang termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi dekat Kulim, Ahad lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.
"Setakat ini, hanya seorang individu ditahan reman iaitu pemilik kebun dan siasatan sedang dijalankan, jadi kita minta semua pihak bagi ruang kepada polis...sekiranya ada maklumat baharu, kita akan maklumkan kemudian.
"Kes berlaku disebabkan oleh keracunan dan bukannya membunuh tetapi kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes melibatkan dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun yang termakan makanan ringan beracun sehingga menyebabkan seorang daripada kanak-kanak malang itu meninggal dunia, semalam.
Pagi tadi, seorang lelaki berusia 33 tahun direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes itu selepas ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di Lubuk Buntar, dekat Kulim kira-kira 12 tengah hari, semalam.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, dan abangnya Muhammad Akil Syauqi, 3, kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lepas.
Dua kanak-kanak terbabit dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung pada dawai besi pagar kebun oleh seorang pemilik kebun yang dikatakan untuk memerangkap monyet, sebelum ibu mangsa melihat kedua-dua anaknya muntah dan mulut berbuih pada 11 pagi hari kejadian.
Kedua-dua mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan seterusnya Hospital Pulau Pinang (HPP), bagaimanapun Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia pada 8.40 pagi semalam, manakala adiknya dilaporkan masih belum sedar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#makanan ringan beracun
#ambil keterangan
#polis
#kanak-kanak meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan