TAPAH: Sebanyak lima juta benih ikan air tawar akan dilepaskan di sungai-sungai di Perak tahun ini untuk menambah populasi ikan berkenaan yang semakin berkurangan.
Ia sekali gus dapat memberi manfaat kepada lebih 3,000 nelayan darat di negeri itu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, Jabatan Perikanan juga akan melakukan pemantauan berkala bagi membenteras aktiviti yang boleh merosakkan ekologi sungai seperti penggunaan bom ikan dan racun di samping kehadiran ikan pemangsa.
"Kita berharap dengan pemantauan yang kita buat secara berkala ini dapat mengurangkan pemangsa-pemangsa ini. Ini satu perkara yang cukup rumit untuk kita jalankan. Kita berharap semoga kita terus menjalankan usaha untuk menambahkan populasi ikan.
"Kita dapat laporan banyak usaha (diambil bagi menangani isu) yang pertamanya, pengeboman ikan; dan yang kedua, melakukan peracunan sama ada kimia ataupun dengan menuba. Ini sebenarnya boleh memupuskan spesies-spesies tertentu yang sedia ada dalam sungai ini," ujar Ahmad.
Beliau ditemui selepas program pelepasan 10,000 benih ikan lampan dan terbul di Sungai Batang Padang, di Kampung Dusun Muda, Tapah, Perak, pada Isnin.
Setiap tahun, lebih kurang dua juta ekor benih ikan terdiri daripada pelbagai spesies dengan nilai hampir RM500,000 dilepaskan.
Perak merupakan antara pengeluar ikan sungai terbesar negara di mana lebih 3,000 tan ikan sungai didaratkan dengan nilai RM45 juta pada 2020.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 24 2022
Setiap tahun, lebih kurang dua juta ekor benih ikan terdiri daripada pelbagai spesies dengan nilai hampir RM500,000 dilepaskan. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Tiga cedera dalam serangan peluru Ukraine
Tiga orang awam cedera di Wilayah Belgorod, Rusia selepas Ukraine melancarkan serangan peluru di Bandar Shebekino.
Ribuan orang menyambut kehadiran Pope Francis Pope Francis
Ribuan penganut katolik di Vanimo, Papua New Guinea (PNG) menyambut kedatangan pemimpin gereja Katolik dan Kota Vatican, Pope Francis pada Ahad.
Kebakaran berpanjangan, Bolivia isytihar darurat
Kerajaan Bolivia pada Sabtu mengisytiharkan negara tersbeut darurat susulan kebakaran hutan yang semakin marak.
Angka korban meningkat kepada 21 kanak-kanak
Dalam insiden yang berlaku pada Khamis malam, pihak berkuasa memaklumkan beberapa kanak-kanak melecur sehingga tidak dapat dikenali.
Lebih 10 penduduk maut di Vietnam
Sembilan penduduk maut manakala 186 cedera susulan Taufan Yagi yang melanda utara Vietnam sejak petang Sabtu.
Polis tumpas sindiket didalangi penjawat awam, rampas RM2 juta dadah
Kesemua suspek berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan oleh JSJN Bukit Aman pada 5 dan 6 Sept lepas.
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan hari ini.
Kerajaan digesa tangani masalah kekurangan benih ikan air tawar
Pengusaha dan penternak ikan air tawar menggesa kerajaan agar segera menangani masalah kekurangan benih ikan yang menjadi cabaran besar pemain industri itu.
Lima juta benih ikan sungai dilepaskan di Perak
Langkah itu sekali gus dapat memberi manfaat kepada lebih 3,000 nelayan darat di negeri berkenaan.
Pelepasan 390,000 benih ikan, udang setakat bulan ini - JPNS
Pelepasan benih ikan itu, antaranya lampam sungai, tapah, puyu dan baung ke perairan sungai di seluruh negeri, membabitkan kos RM99,000.