awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan berterusan pintu sempadan Rafah burukkan krisis kemanusiaan di Gaza
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
07/04/2021
12:27 MYT
Lima kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Lima daripada 58 kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur dan Gombak telah menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 3 petang hari ini.
KUALA LUMPUR: Lima daripada 58 kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur dan Gombak telah menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 3 petang hari ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri dalam satu kenyataan hari ini berkata lima kawasan yang bekalan air pulih sepenuhnya ialah Kementerian Pertahanan, Pusat Latihan Polis, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Putra Sulaiman dan Seksyen 4 Wangsa Maju.
Beliau berkata gangguan bekalan air itu adalah disebabkan kerja-kerja penggantian injap pada saluran paip air mentah dari Empangan Klang Gate yang menyebabkan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air di Bukit Nanas dan Wangsa Maju semalam.
Elina berkata tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza berdasarkan jarak premis pengguna dan tekanan air pada sistem pengagihan.
"Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan yang menerima bekalan air supaya memastikan air yang keluar daripada paip adalah jernih sebelum menggunakannya untuk kegunaan harian," kata beliau.
Elina juga berkata Air Selangor berharap mereka yang sudah menerima bekalan air supaya menggunakannya secara berhemat bagi membolehkan proses pemulihan di kawasan lain yang terjejas berjalan dengan lancar seperti dijadualkan.
Status pemulihan bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawangnya www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram atau dengan menghubungi pusat panggilan di talian 15300.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan air
#KL
#Kuala Lumpur
#Selangor
#Gombak
#Air Selangor
#Elina Baseri
#Wangsa Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan