awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kawasan perindustrian baharu dijangka dibuka di N.Sembilan tahun hadapan - MB

Bernama
Bernama
22/11/2023
08:29 MYT
Lima kawasan perindustrian baharu dijangka dibuka di N.Sembilan tahun hadapan - MB
Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata antara kawasan berkenaan adalah di Nilai, Ainsdale dan Senawang. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Sekurang-kurangnya lima kawasan perindustrian baharu bakal dibuka di Negeri Sembilan pada tahun hadapan sekali gus mampu merancakkan lagi ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata antara kawasan berkenaan adalah di Nilai, Ainsdale dan Senawang.
"Kita sebenarnya telah hampir habis kawasan perindustrian yang dibuka, tetapi tahun hadapan, kita akan ada banyak kawasan perindustrian baharu yang akan dibuka.
"Insya-Allah minggu depan saya akan perincikan kawasan perindustrian dan industri yang membuat pembesaran pada tahun ini di samping pelaburan baharu yang masuk ke negeri ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Aminuddin turut berkata sambutan diterima daripada para pelabur sangat menggalakkan dengan banyak kawasan industri sedia ada ditempah oleh mereka.
Sementara itu, beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan bersetuju untuk memakai garis panduan pelaksanaan penempatan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ke PBT lain dalam suatu negeri yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Negeri Sembilan
#Nilai Ainsdale dan Senawang
#ekonomi negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan