awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lelaki didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

Bernama
Bernama
22/10/2020
07:37 MYT
Lima lelaki didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun
Kelima-lima tertuduh didakwa telah melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa pada 29 September lepas di dalam ladang sawit antara pukul 9 malam hingga 11 malam. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU:Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pada September.
Bagaimanapun, Ahmad Syah Herfudin Omar, 23; Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 21; Muhammad Ghardafi Abdullah, 20; dan dua lagi tertuduh yang merupakan remaja di bawah umur, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka.
Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima mereka didakwa telah melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa pada 29 September lepas di dalam ladang sawit di Felda Kerteh 5, di Ketengah Jaya, Dungun, antara pukul 9 malam hingga 11 malam.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan akibat kejadian itu, mangsa menghadapi trauma dan tekanan sehingga berasa takut untuk ke sekolah.
Selain itu, pihak pendakwaan turut memberikan alasan faktor keselamatan mangsa, kerana keluarga mangsa ada mengadu mereka diganggu dan menerima ugutan daripada keluarga tertuduh selepas kejadian tersebut, serta kes ini juga telah menjadi tular di laman sosial.
Setelah mempertimbangkan rayuan dari pihak tertuduh, Hakim Nooriah Osman membenarkan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan RM18,000 setiap seorang melalui seorang penjamin dan menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes.
Nooriah turut menetapkan syarat iaitu tertuduh wajib melaporkan diri di Balai Polis Ketengah Jaya setiap 1 dan 15 hari bulan sehingga kes selesai dan mereka mahupun keluarga mereka dilarang sama sekali menganggu mangsa atau ahli keluarganya dan saksi perbicaraan sepanjang prosiding. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#lima lelaki
#rogol
#kanak-kanak 12 tahun
#kanak-kanak perempuan
#Felda Kerteh 5
#Ketengah Jaya
#Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan