SHAH ALAM: Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, di sini, minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua individu tersebut berusia dalam lingkungan 30 dan 42 tahun, ditahan bagi membantu siasatan selepas tular satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial TikTok.
Katanya siasatan awal mendapati kejadian yang tular itu berlaku pada 14 Mei lepas sekitar jam 8 malam.
"Pada 16 Mei jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk 'Big Brother Birthday Celebration' di laman sosial yang telah dimuat naik oleh pemilik @Yogen212.
"Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan 'Mustafa' yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kelima-lima suspek ditangkap lebih kurang jam 12 tengah hari tadi di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Shah Alam hasil soal siasat dan pengecaman video yang tular tersebut.
"Siasatan lanjut masih dijalankan. Permohonan reman terhadap semua suspek dibuat esok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Video menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam. - Foto Sinar Harian/media sosial

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna oleh peniaga menyumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak peket 1 kilogram. Katanya, minyak bersubsidi itu, yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengharamkan pengguguran kandungan baru baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

Fokus Minggu Depan: Lawatan PM ke Turki minggu depan
Jika dilihat dengan keadaan ekonomi negara ketika ini termasuk kenaikan inflasi, sudah tentu Malaysia memerlukan hubungan yang baik dengan negara maju, kata Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki.

Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.

Fokus Minggu Depan: Isu harga barangan dan bekalan makanan
Selain isu harga barangan dan bekalan makanan, mahasiswa berhimpun susulan kekecewaan dengan tindakan pantas kerajaan yang menubuhkan pasukan jihad untuk tangani inflasi dengan menggunakan Menteri yang sama, kata Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aliff Naif.

Lima lelaki ditahan bakar mercun tepi Plaza Tol Setia Alam
Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, minggu lepas.

Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.

ESSCom minta masyarakat patuhi peraturan semasa bakar mercun
Semua pihak di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dinasihati mematuhi peraturan sedia ada berkaitan pembakaran bunga api dan mercun semasa sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

Insiden kecoh Stadium Shah Alam: FAM sudah maklumkan kepada FIFA
Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah mengesahkan FAM sudah menghantar maklum balas kepada FIFA minggu lalu, lapor Astro Arena.

Persiapan terakhir Tahun Baru Cina di Beijing
Penduduk di Beijing kini melakukan persiapan akhir bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan tradisi makan besar dan membakar mercun.