awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir

Sinar Harian
Sinar Harian
24/10/2024
00:10 MYT
Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Mangsa ditawar masuk ke sebuah bilik kosong untuk tidur dan berehat sebelum dirogol lima suspek berkenaan. - Gambar hiasan
BATU GAJAH: Polis menahan lima lelaki disyaki merogol secara bergilir-gilir remaja perempuan berusia 15 tahun yang baru dikenali di sebuah asrama pekerja di Batu Gajah pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.
Menurut beliau, ibunya membuat laporan menyatakan mangsa tidak pulang ke rumah sebaik selesai sesi persekolahan sekitar jam 1.30 petang pada Isnin.
"Disyaki ibu mangsa tidak membuat pemantauan kerana mangsa sebenarnya telah pergi berjumpa teman lelaki dan berkeliaran serta berkenalan dengan lelaki lain yang baru dikenali.
"Mangsa yang keluar makan dengan kenalan baru tersebut kemudian dibawa ke asrama yang dihuni lima lelaki. Mangsa ditawar masuk ke sebuah bilik kosong untuk tidur dan berehat sebelum dirogol lima suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Zulkafli berkata, pasukan polis berjaya mengesan mangsa di asrama berkenaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah untuk disoal siasat.
"Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati mangsa dirogol lima lelaki di asrama berkenaan sekitar jam 10.22 malam pada Isnin.
"Bertindak atas maklumat, lima suspek berusia 18 hingga 27 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Semakan mendapati suspek berusia 27 tahun itu mempunyai rekod lampau dalam jenayah dan penyalahgunaan dadah," ujarnya.
Tambah beliau, kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol
#pelajar
#asrama pekerja
#Zulkafli Sariaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan