KUALA LUMPUR: Sebanyak lima lokaliti di Sabah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 13 sehingga 26 Ogos ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti tersebut.

"PKPD di Sabah itu membabitkan Kampung Kongsi 8, Kampung Bergosong dan PPR Taman Sri Apas Batu 8 di Tawau selain di Perumahan Ladang Reka Halus dan Perumahan Ladang Bosuted Trunkline di Beluran.

"Selain PKPD juga dilaksanakan di Kampung Kayu Madang di Kota Kinabalu, Kampung Batition di Kota Marudu dan Kampung Sunsuron di Tambunan," katanya dalam kenyataan media harian mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan PKPD di 14 lokaliti di Sabah dan tiga di Kelantan yang sepatutnya tamat pada 12 Ogos ini dilanjutkan bermula 13 sehingga 26 Ogos nanti.

"Ia membabitkan tiga Kampung Orangs Asli Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan iaitu Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang.

"11 lokaliti di Tuaran di Sabah membabitkan Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan  Taman Telipok Ria.

"Di Tawau ia membabitkan Kampung Lahat-Lahat di Pulau Sebatik, manakala dua lokaliti di Kinabatangan iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1," katanya lagi.

Hishammuddin juga memaklumkan penamatan PKPD di 23 lokaliti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Pahang pada 12 Ogos ini seperti yang dijadualkan.

Penamatan PKPD di Kelantan membabitkan Kampung Orang Asli Pos Brooke, Gua Musang iaitu di Kampung Cekau, Kampung Lojing dan Kampung Penangau.

Dua lokaliti di Pahang yang ditamatkan ialah di Taman Amalina Lestari, Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Rompin manakala satu lokaliti di Sarawak ialah Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Dalat, Mukah.

"PKPD juga ditamatkan di Blok Angsana & Blok Sumboi-sumboi, Kg Seberang Benoni, Blok Angsana & Blok Sumboi-sumboi, Kg Seberang Benoni di Papar.

"Tiga lokaliti di Penampang iaitu Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2, manakala dua lokaliti di Tawau iaitu Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan juga ditamatkan PKPD.

"Selain itu PKPD juga ditamatkan di Kampung Mamaitm dan SKIM Kuala Tomani di Tenom, dua lokaliti di Putatan iaitu Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat, Kampung Talantang 1 di Kota Marudu, Kampung Ayer di Kudat dan empat lokaliti di Sandakan iaitu Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni," katanya.

Berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pula, Hishammuddin memaklumkan sebanyak 33 premis diarahkan tutup serta merta dalam pemeriksaan pada Selasa.

"Pada Selasa, seramai 173 individu telah dikompaun kerana ingkar SOP manakala 17 lagi direman," jelas beliau.

Hishammuddin juga menjelaskan, seramai dua Pendatang Tanpa Izin (Pati) telah ditangkap dan lima kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng pada Selasa.