awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima mangsa perahu karam ditemui

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2015
13:00 MYT
Lima mangsa perahu karam ditemui
Operasi SAR mangsa tragedi perahu karam memasuki hari kedua. - Foto ihsan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi perahu karam di Sungai Batang Kemana memasuki hari kedua.
Setakat jam 1 petang Rabu, lima daripada enam mangsa yang dilaporkan hilang berjaya ditemui.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hata Gobel berkata, mangsa terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak.
Tambahnya lagi, pihaknya sedang giat mencari seorang lagi mangsa iaitu seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, Liong Dani.
Lima mangsa yang ditemui pihak SAR pada Rabu ialah Zunai AK Anjan, 45, Stanley AK Tony, 9, Diana AK Embuas, 13, Adrena Liz AK Lakin, 10, dan Ganing AK Mat, 60.
Dalam kejadian jam 2.30 petang Selasa, seramai 8 mangsa terbabit dalam insiden perahu panjang karam.
Jurumudi perahu, Johnnie Anak Ganeng berjaya menyelamatkan diri manakala seorang mangsa maut.
Ketika kejadian, perahu panjang yang dinaiki kesemua mangsa karam selepas mengalami kerosakan dan melanggar sebuah tongkang ekoran arus sungai yang deras.
Kesemua mereka dalam perjalanan balik dari Ulu Sebauh ke Kampung Jepak bagi menyambut perayaan Gawai Dayak.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan Polis Marin Bintulu, Jabatan Bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) dan Bomba Sukarela Kemunting.
Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#Di-Hata Gobel
#perahu karam
#SAR
#Sungai Batang Kemana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan