awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut, empat parah nahas jalan raya di Beluran

Bernama
Bernama
25/02/2016
05:01 MYT
Lima maut, empat parah nahas jalan raya di Beluran
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata kesemua mangsa maut di tempat kejadian terdiri tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak. - Gambar fail
Lima orang termasuk dua kanak-kanak maut, manakala empat lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah treler di Kilometer 60 Jalan Sandakan-Telupid, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata kesemua mangsa maut di tempat kejadian terdiri tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak.
Katanya laporan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 4.55 pagi dan pihaknya menghantar empat anggota dengan sebuah jentera bomba ke tempat kejadian.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda, katanya kepada Bernama.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Beluran.
Beliau berkata pemandu treler hanya cedera ringan.
Topic Berkaitan
#Beluran
#Kanak-kanak
#kemalangan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan