KUALA LUMPUR: Lima memorandum persefahaman (MoU) berjaya dimeterai antara empat universiti Malaysia dan lima universiti di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu dalam pelbagai bidang kerjasama melibatkan pendidikan tinggi kedua-dua negara.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan semalam memaklumkan majlis pemeteraian dokumen berkenaan turut disaksikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar di Pavilion di sini sempena Minggu Pendidikan, Ekspo Dubai 2020.
MoU tersebut melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan United Arab Emirates University (UAEU) berkaitan pertukaran kepakaran dari segi kolaborasi aktiviti akademia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan University of Sharjah.
"Kerjasama dengan University of Sharjah kini menumpukan pada bidang kepintaran buatan, ekonomi pengetahuan, kemahiran lanjutan, inovasi, keusahawanan, persekitaran mampan dan infrastruktur serta sains dan teknologi angkasa.
"Peranan utama Universiti Teknologi Mara adalah untuk mendidik, meningkatkan, melanjutkan pengetahuan dan pengalaman pakar. Semua ini adalah selaras dengan aspirasi UiTM Global Renowned University (GRU) 2025 dalam usaha untuk diselaraskan dengan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Kebangsaan Malaysia (4IR) yang dilancarkan pada 1 Julai 2021," demikian menurut kenyataan itu.
Universiti Sains Malaysia (USM) pula menjalankan kerjasama dengan dua universiti iaitu European Global School University (EGS) iaitu USM bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan program pasca siswazah di Besiktas dan Istanbul di Turki manakala kerjasama USM dengan United Arab Emirates University (UAEU), kedua-dua universiti itu bersetuju bekerjasama dalam pertukaran pelajar dan staf; kerjasama dalam menawarkan program akademik, penyelidikan, penerbitan, latihan dan bengkel.
Kenyataan itu memaklumkan selain itu, University Taylor's menandatangani memorandum persefahaman bersama Skyline University di UAE bagi meningkatkan kemahiran kakitangan, akademik dan penyelidikan.
"Kemampuan University Taylor's melebarkan rangkaian antarabangsa serta kekuatan penyelidikan dan akademik membolehkan universiti ini mencapai kedudukan ke-53 di Asia dalam QS Asia Universiti Rankings 2022, menjadikannya universiti swasta terunggul di Malaysia dan Asia Tenggara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Majlis pemeteraian dokumen berkenaan turut disaksikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar. - Foto BERNAMA
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malaysia-China meterai MoU pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif
Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi MoU yang termeterai hari ini.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid
Ahmad Zahid menegaskan pihaknya sedia berunding, namun syarat MoU itu tidak akan 'lari' daripada kandungan asal yang diputuskan.
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU
Antara nama yang boleh dipertimbangkan ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, badan buka kerajaan seperti Bersih atau institusi rasmi seperti SPRM.