awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
Nilai eksport negara catat RM1.45 trilion setakat November tahun ini - Pengerusi MATRADE
Lelaki melecur terperangkap dalam kebakaran di Tanjung Tokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima negeri masih terkesan banjir, lebih 16,000 mangsa dipindahkan ke PPS

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2021
03:36 MYT
Lima negeri masih terkesan banjir, lebih 16,000 mangsa dipindahkan ke PPS
Mangsa banjir di Sabah pula dilaporkan meningkat iaitu seramai 1,113 mangsa di empat daerah terjejas. - Gambar fail
LIMA negeri masih lagi terkesan banjir di seluruh negara membabitkan negeri Pahang, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Kesemua mangsa yang dipindahkan sehingga jam 10 pagi Khamis adalah 16,304 mangsa di 117 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif.
Pahang mencatatkan jumlah tertinggi mangsa dengan 11,397 mangsa daripada 3,033 keluarga di 125 PPS.
Lapan daerah terjejas dengan Pekan catat jumlah mangsa yang dipindahkan tertinggi iaitu 3,297.
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan ialah 2,913 mangsa di lima daerah terjejas dengan Kota Tinggi catat jumlah tertinggi iaitu 2,080 mangsa.
Mangsa banjir di Sabah pula dilaporkan meningkat iaitu seramai 1,113 mangsa di empat daerah terjejas.
Kota Marudu catat jumlah tertinggi mansa iaitu 886 orang.
Manakala di Sarawak, jumlah mangsa dipindahkan di tiga daerah terjejas.
Di Kelantan, banjir dilaporkan semakin reda apabila hanya 32 mangsa di satu daerah terkesan - Pasir Mas.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#lima negeri
#Johor
#Pahang
#Sarawak
#Sabah
#Kelantan
#Pusat Pemindahan Sementara
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan