awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki melecur terperangkap dalam kebakaran di Tanjung Tokong

Bernama
Bernama
28/12/2025
07:33 MYT
Lelaki melecur terperangkap dalam kebakaran di Tanjung Tokong
Mangsa diselamatkan anggota bomba sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - Foto JBPM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 50 tahun melecur selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar kediamannya di Tanjung Tokong di sini, pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 50 tahun melecur selepas terperangkap dalam kebakaran di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
  • Kebakaran melibatkan rumah teres dengan kemusnahan 60 peratus; mangsa terperangkap di bilik air sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.
  • Mangsa yang melecur tahap dua menerima rawatan awal sebelum dibawa ke hospital; punca kebakaran masih dalam siasatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan dibantu BBP Jalan Perak ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dengan kemusnahan 60 peratus dan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam bilik air.
"Kebakaran dapat dikawal pada 9.54 pagi dan komander operasi dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap membuat penilaian awal, seterusnya menjalankan kerja penyelamatan dan pemadaman sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pada 10.12 pagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
John berkata mangsa yang melecur tahap dua diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan (EMRS) bomba sebelum diserahkan kepada ambulans Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera untuk dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut.
Beliau berkata kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 10.21 pagi dan lokasi kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO), dengan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
--BERNAMA


Topic Berkaitan
#kebakaran
#Tanjung Tokong
#lelaki melecur
#Bomba Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan