BALING: Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemukan lima individu termasuk dua kanak-kanak yang tersesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.49 malam.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai Pegawai Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud tiba di lokasi jam 8.22 malam.
"Mangsa yang sesat terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan 11 tahun, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, dan dua lelaki dewasa berusia 36 dan 49 tahun.
"Operasi turut disertai lapan anggota termasuk penyelia dan sebuah jentera serta dua kenderaan milik JBPM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati lima mangsa terbabit dipercayai tersesat dan salah seorang seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki di atas kawasan bukit pada lingkungan jarak 400 meter dari kawasan air terjun.
"Berdasarkan maklumat, kesemua terbabit dipercayai melakukan aktiviti mendaki di bukit Kampung Tandop.
"Kesemua mangsa berjaya diturunkan oleh pasukan penyelamat dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Baling dengan menaiki jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans KKM," katanya.
Mohamadul Ehsan berkata operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.30 malam tadi.
Beliau berkata hanya kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami kecederaan pada kaki kanan manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 26 2021
Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemukan lima individu termasuk dua kanak-kanak yang tersesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini, malam tadi. -JBPM
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.
Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera
Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemukan selamat pada pukul 2.34 pagi ini.
Lelaki perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang
JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang semalam memaklumkan mangsa telah sesat.
Tiga remaja sesat di Bukit Janda Mandi ditemui selamat
Kesemua mangsa dari Kemaman dikatakan ke kawasan itu untuk melakukan aktiviti memanjat bukit sebelum tersesat akibat cuaca tidak menentu.
Sesat dan menyeleweng: SIS Forum gagal batal fatwa MAIS
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan menyeleweng.
Empat jam sesat di Gunung Stong
Mohd Faizal dikatakan mendaki gunung itu pada jam 9 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan di talian 999 pada jam 10.45 pagi.
Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William yang hilang di Kuala Tahan, ditemui selamat
Penulis blog 'Mat Salleh Cari Makan' bersama empat anggota keluarganya dilaporkan hilang di Kuala Tahan ditemui selamat.
Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur
Sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Balai Polis Batu Ampat digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.
Bomba selamatkan empat wanita sesat dalam hutan
Empat sahabat berdepan detik cemas apabila tersesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Taman Saga, pada Sabtu.
Lelaki sesat hampir 24 jam di Gunung Banang ditemui selamat
Mangsa yang berusia 45 tahun ditemui selepas dia berjaya keluar sendiri dari kawasan pendakian.