awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
27/02/2024
03:15 MYT
Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih
Lima penghantar makanan yang tular dalam kejadian pukul dan ikat seorang pemandu kereta minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di Bangi hari ini. - Foto Sinar Harian
BANGI: Lima penghantar makanan didakwa atas tuduhan membunuh seorang pemandu lelaki dalam satu kejadian yang tular di media sosial, di mana mangsa diikat tangannya dan dipukul sejurus ditarik keluar dari kenderaannya.
Tertuduh, Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41 tahun, Azharul Azuan Mohd Azan, 34 tahun, Tengku Izham Tengku Hamid, 22 tahun, Mahazir Nordin, 43 tahun, dan Syamsul Qamar Ayob, 40 tahun, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dikemukakan di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi di Mahkamah Majistret.
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad, 42 tahun, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang, pada jam 9.54 malam, 20 Feb lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama, yang membawa kepada hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hafiz.
Sementara itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 25 April depan untuk status dokumen forensik, kimia serta bedah siasat.
Pada minggu lalu, kejadian berlaku itu dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan seorang penghantar makanan.
Difahamkan, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.
Sehubungan itu, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 22 hingga 52 tahun di Semenyih, Kajang dan Beranang untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#tuduhan bunuh
#media sosial
#Semenyih
#penghantar makanan didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan