KUALA LUMPUR:Seramai 11,270 individu yang pulang dari luar negara sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 502 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 67,356 individu telah dibenarkan pulang.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada 1 Disember 2020:


1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 311 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP

2) Seramai 306 individu telah dikompaun manakala 5 individu lagi direman.

3) Operasi Benteng telah berjaya menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas 3 bot/kapal dan 1 kenderaan darat.

4) Sebanyak 273 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pada 30 November 2020.

5) Sejak 24 Julai, sejumlah 79,128 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa