KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 93,459 pemeriksaan pada Isnin.

Ia melibatkan 4,737 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,717 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

Berikut lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:


1) Seramai 680 individu ditahan ingkar SOP, 659 dikompaun, 20 direman, satu dijamin.

2) Op Benteng tahan 14 PATI, rampas enam buah kenderaan darat.

3) Sebanyak 994 Sekatan Jalan Raya (SJR) dijalankan.

4) Sebanyak 101 operasi disinfeksi telah dilaksanakan di seluruh negara.

5) Seramai 427 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa.

BACA: Tujuh lokaliti di empat negeri dikenakan PKPD mulai 1 Julai