KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh lokaliti membabitkan empat negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh 14 hari bermula 1 Julai ini.

Menurut Menteri Kanan pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lokaliti dan empat negeri yang terlibat adalah tiga di Selangor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Sabah serta Terengganu.

Jelasnya kesemua PKPD yang dilaksanakan itu selepas mengambil kira jumlah kes positif COVID-19 direkodkan serta kadar kebolehjangkitan di lokaliti berkenaan.

Di Selangor, lokaliti dikenakan PKPD melibatkan Mentari Court, PJS 8; Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite – PKNS di daerah Petaling.

Manakala dua lokaliti di Kuala Lumpur melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.

Katanya, di Terengganu lokaliti yang dilaksanakan PKPD melibatkan Kampung Kubang Jela, di Mukim Manir di Kuala Terengganu.

Ismail Sabri juga memaklumkan Kampung Balung Cocos, Tawau, merupakan lokaliti yang dilaksakan PKPD di Sabah.