awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima perkara penting kenyataan media mengenai COVID-19 hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2020
09:07 MYT
Lima perkara penting kenyataan media mengenai COVID-19 hari ini
Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan turut memaklumkan 13 kes baharu direkodkan selain enam kes pulih dibenarkan discaj, hari ini. -Gambar BERNAMA
Selepas enam hari tiada kematian, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan turut memaklumkan 13 kes baharu direkodkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, selain enam kes pulih dibenarkan discaj dari hospital.
Ini lima perkara penting dalam kenyataan media beliau pada 26 Julai 2020.
1. Satu kematian direkodkan hari ini melibatkan kes ke-8,743, iaitu seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.
2. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 124 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)
3. Jumlah kes baharu pada 26 Julai 2020 ialah 13 kes. Daripada jumlah tersebut, tiga kes adalah kes import manakala 10 kes melibatkan penularan tempatan.
4. Enam kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes discaj dari wad sebanyak 8,600 kes.
5. Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan