NATIONAL

Lima perkara penting sidang media Ismail Sabri 2 Nov

Astro Awani 02/11/2020 | 10:08 MYT
Op Benteng tahan 4 pendatang tanpa izin dan 1 tekong serta merampas sebuah bot dan lapan kenderaan darat. - Gambar Fail
PUTRAJAYA:Berikutan 46 individu disahkan positif selepas 1,515 melakukan saringan, kerajaan memutuskan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru bermula 3 hingga 16 November ini.

Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Ismail Sabri

1- PDRM menahan 538 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 531 individu telah dikompaun dan tujuh direman.

2- Op Benteng tahan 4 pendatang tanpa izin dan 1 tekong serta merampas sebuah bot dan lapan kenderaan darat.

3- 300 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilakukan di seluruh negara.

4- PKPD Kg. Saguking Laut & Kg. Sebor Laut, Labuan pada 3 November 2020

5- PKPD di Institut Latihan KKM Johor Bahru bermula 3 hingga 16 November.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

#Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #ismail sabri yaakob