KUALA LUMPUR:Berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh penguatkuasaan PKPB itu adalah selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

Berikut lima perkara penting sidang media beliau hari ini: 

1) PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan, bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

2) SOP bagi PKPB ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

3) PKPD di SABK Maahad Al-Yahyawiah, Kangsar, Perak berkuatkuasa 8 November 2020 sehingga 21 November 2020.

4) PKPD di Taman Semarak dan PPR Sri Balung, Tawau ditamatkan pada 8 November 2020 seperti yang dijadualkan.

5) Semalam, PDRM juga telah menahan 407 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 403 individu telah dikompaun manakala 4 direman.