Separuh daripada 584 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Rabu adalah terdiri daripada pengunjung kelab malam.

Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar, hari ini (Khamis, 17 September 2020):

1) PDRM membuat 57,117 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

2) PDRM menahan 584 individu atas pelbagai kesalahan, termasuk 16 individu direman.

3) Sebanyak 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga tekong ditahan menerusi Operasi Benteng.

4) Dari 24 Julai hingga 15 September lalu, 29,748 individu memasuki Malaysia. Daripada jumlah itu, 9,517 individu diarahkan menjalani kuarantin wajib.

5) Sebanyak 15 premis tidak mematuhi SOP diberi nasihat.