awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima rumah dilempar molotov cocktail, dipercayai perbuatan along

Bernama
Bernama
14/10/2014
03:49 MYT
Lima rumah dilempar molotov cocktail, dipercayai perbuatan along
...
Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami kerosakan kecil akibat dilempar bom botol atau 'molotov cocktail' dalam kejadian dua hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata kejadian terbabit dipercayai dilakukan oleh along dan berlaku antara 12 tengah malam dan 4 pagi.
"Kejadian melibatkan rumah di kawasan Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Kulaijaya. Ia dipercayai dilakukan along untuk menakutkan para peminjam yang dipercayai gagal membayar pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Ismail berkata kejadian itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa. Beliau berkata sehubungan itu pihaknya kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.
"Kita memberi amaran kepada para peminjam wang bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka menggunakan kaedah yang melanggar undang-undang," katanya.
Orang ramai dalam masa yang sama juga dinasihatkan supaya tidak meminjam wang daripada along bagi mengelakkan implikasi buruk, katanya.
Topic Berkaitan
#along
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan