awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima RUU dibentang pada mesyuarat pertama DUN Sarawak, Isnin depan

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
12/02/2022
09:35 MYT
Lima RUU dibentang pada mesyuarat pertama DUN Sarawak, Isnin depan
Sementara itu, persidangan DUN Sarawak ke-19 itu juga akan dilaksanakan mengikut garis panduan (SOP) COVID-19 terkini. - Foto UKAS.
KUCHING: Lima Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentang oleh para menteri pada Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang akan diadakan selama tiga hari bermula pada 14 hingga 16 Febuari ini.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, bacaan pertama bagi semua RUU tersebut akan dilakukan pada hari kedua persidangan.
RUU tersebut melibatkan RUU Perbekalan Tambahan (2021), 2022, RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022, RUU Tafsiran (Pindaan) 2022, RUU Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah 2022, dan RUU Lembaga Industri Getah Sarawak 2022
“Bagi RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 dan RUU Tafsiran (Pindaan) 2022 bacaan kali kedua dan ketiga akan dilakukan pada hari yang sama iaitu selasa, 15 Febuari 2022.
“Manakala bagi RUU Perbekalan Tambahan (2021), 2022, RUU Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah 2022, dan RUU Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 bacaan kedua dan ketiga akan dilakukan pada hari ketiga persidangan iaitu pada rabu, 16 Febuari 2022,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Tambah Mohamad Asfia, tiada sesi soal jawab di dalam dewan dan tiada sesi penggulungan oleh para menteri akan dilakukan.
Pihak DUN juga katanya tidak menerima sebarang usul daripada ahli dewan biasa sehingga tarikh tutup penghantaran usul 10 hari sebelum persidangan bermula iaitu pada 4 februari lalu.
Sementara itu, persidangan DUN Sarawak ke-19 itu juga akan dilaksanakan mengikut garis panduan (SOP) COVID-19 terkini.
Kapasiti dewan persidangan yang luas membolehkan kesemua 82 ADUN untuk hadir dalam satu-satu masa, manakala ruangan khas termasuk ujian saringan COVID-19, untuk semua individu yang terlibat telah dibuat dua hari sebelum persidangan bermula.
Persidangan kali ini akan dimulakan dengan angkat sumpah ahli-ahli DUN Sarawak pada hari pertama, 14 Febuari Isnin.
Topic Berkaitan
#DUN Sarawak
#Lima RUU dibentang
#persidangan patuh SOP
#Mohamad Asfia Awang Nassar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan