awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC

Bernama
Bernama
05/05/2024
13:15 MYT
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini. - Gambar hiasan/Google Map
PORT DICKSON: Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini, menurut Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya.
Beliau berkata projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang giat dilaksanakan di negeri itu menerusi 27 menara baharu dengan 11 menara telah beroperasi manakala bakinya dijangka siap secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.
"Bagi pelaksanaan rangkaian 5G di negeri ini, 225 daripada 233 tapak siap beroperasi tertumpu d daerah Seremban dan Port Dickson," katanya ketika berucap pada program advokasi dan jangkauan Kampung Orang Asli (KOA) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan Datuk Mohd Faizal Ramli dan Pengarah MCMC negeri Md Tahir Musa.
Dalam pada itu Bukhari berkata selari dengan perkembangan rangkaian internet, pelbagai program kesedaran advokasi dan pematuhan dijalankan bersama pihak berkuasa dalam membanteras isu keselamatan dan jenayah siber.
Bukhari berkata inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) dan Malaysia ICT Volunteer (MIV) dilaksanakan MCMC bertujuan memberi pendidikan, meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan serta menerapkan hubungan murni di alam maya.
Menerusi program advokasi dan jangkauan hari ini, 200 penduduk KOA Bukit Kepong diberikan taklimat mengenai keselamatan siber, usahawan dan etika dalam talian bagi mengalakkan pengguna mengamalkan sikap positif ketika menjalankan urusan dalam talian.
Penduduk juga diberikan pendedahan mengenai kaedah membuat aduan mengenai kualiti liputan telekomunikasi di kawasan masing-masing.
Bukhari berkata program itu bakal diteruskan di KOA Tekir, Seremban pada 12 Sept depan dan KOA Tohor, Jelebu pada 17 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#liputan internet
#Negeri Sembilan
#MCMC
#JENDELA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan