Astro Publication
Thu Oct 23 2014
Kadang-kala, selagi sesuatu itu tak muncul di depan mata, agak susah nak mempercayai bahawa perkara tersebut akan terlaksana. Tetapi, rakyat Kedah – khasnya yang minat perlumbaan bermotor – seharusnya rasa gembira kerana negeri ini bakal mempunyai litar perlumbaan mereka sendiri.
Ini telah dimaklumkan oleh siaran akhbar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas ketua pegawai eksekutifnya, Dato’ Razlan Razali menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (PMBKed, ataupun turut dikenali sebagai MB Inc) yang diwakili oleh pemangku ketua pegawai eksekutifnya, Dato’ Azimi Daim.
Pengumuman ini dilakukan serentak dengan 2ndSoutheast Asia Motorcycle Business Forum, yang diadakan sempena perlumbaan motorsikal Grand Prix Malaysia Shell Advance hujung minggu ini. Turut menjadi saksi sewaktu upacara tandatangan adalah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar negeri Kedah, dan Carmelo Ezpeleta, ketua pegawai eksekutif DORNA, iaitu syarikat pemilik hak komersil MotoGP.
Mengikut persefahaman ini, SIC akan membekalkan pengalaman mereka untuk pembangunan Litar Kedah ini dan seterusnya sebagai penasihat pentadbirannya. Di samping itu, inisiatif perpindahan teknologi dan pembangunan model perniagaan agar potensi litar dapat dilihat akan turut berlaku.
Sewaktu ucapannya, Dato’ Seri Mukhriz berkata, “Bakat-bakat tempatan di dalam perlumbaan bermotor sudah menunjukkan potensi, seperti di Moto2 dan Moto3. Jadi kami ingin membantu anak-anak muda kita di utara ini untuk mengejar cita-cita tanpa perlu jauh meninggalkan kampung halaman.”
“Kami juga ingin agar litar ini memberi masa hadapan yang lebih baik untuk remaja kami, menerusi persekitaran perlumbaan yang lebih selamat dan mengekang perlumbaan haram di jalanraya”, tambah beliau.
Maklumat lanjut mengenai litar ini masih belum diumumkan – sebagai contoh lokasi tepat, saiz dan kos yang akan terlibat. Begitu juga berkenaan bila pembinaan akan bermula dan seterusnya siap.
Namun begitu, kami diberitahu bahawa kemudahan yang dicadangkan ini akan mempunyai sebuah litar perlumbaan, litar perlumbaan ‘drag’, litar perlumbaan lasak (off-road), ruang niaga dan kemudahan grandstand untuk penumpang.
Kami akan mengemaskini maklumat yang penting apabila ia diberitahu kelak.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Litar Kedah hampir menjadi kenyataan?
Memorandum Persefahaman antara MB Inc (Kedah) dan SIC ditandatangani. Maklumat lanjut mengenai lokasi dan kos belum diumumkan