DREBAR
Litar lumba profesional akan dibina di Gong Badak – MB Terengganu

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dipetik oleh Bernama yang mengatakan kerja untuk projek ini akan bermula pada bulan Ogos nanti, berhampiran dengan Kompleks Sukan Gong Badak.
“Kami tidak mahu anak muda kami berlumba di jalan raya. Ini adalah merbahaya. Kami membina litar ini sebagai usaha untuk melahirkan pelumba-pelumba professional,” kata beliau di acara bersahur bersama-sama 3,000 penunggang motosikal awal pagi tadi.
Ahmad Razif menambah litar tersebut juga akan direka untuk memenuhi kehendak sukan bermotor lain, seperti perlumbaan pecut.
Dengan kemudahan ini, lebih banyak acara sukan bermotor dapat dianjurkan, sekaligus membolehkan para belia untuk menunjukkan bakat mereka.
Pada Oktober tahun lalu, kerajaan Kedah juga ada merancang untuk membina sebuah litar lumba di Sungai Petani yang bakal siap menjelang 2017. Litar 1.6km itu diharap akan memupuk bakat berlumba professional terutamanya untuk penduduk bahagian Utara; dan penasihat teknikal yang dilantik adalah Litar Antarabangsa Sepang.
Namun, tidak ada lagi laporan susulan atau perkembangan mengenai projek tersebut selepas pengumuman itu.

Jadi, kerajaan negeri mana yang akan siap membina litar lumba profesional mereka terlebih dahulu?
(Sumber: Bernama)
(Imej sekadar hiasan)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami