KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 mendapati agihan hasil padi bagi Projek Ladang Merdeka berjumlah RM4.36 juta tidak teratur dengan RM2.2 juta daripadanya telah diagihkan kepada 917 peserta yang telah meninggal dunia.
Menurut laporan itu, berdasarkan analisis terhadap Senarai Pembahagian Hasil Ladang Merdeka dan semak silang dengan Sistem myIDENTITY Jabatan Pendaftaran Negara, agihan itu bagaimanapun telah dibuat kepada wakil peserta yang tidak mempunyai surat kuasa wakil atau surat mentadbir pusaka.
Dapatan itu antara hasil pengauditan dijalankan di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan, meliputi agihan hasil padi Projek Ladang Merdeka bagi tempoh 2020 hingga 2021.
Menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, perkara itu berlaku disebabkan kelemahan perjanjian yang tidak pernah disemak sejak 1992, kelemahan pemantauan tempoh agihan hasil padi serta penyelenggaraan rekod peserta yang tidak dikemas kini.
Justeru, LKAN 2021 mengesyorkan KADA menyemak perjanjian projek dengan peserta serta menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang komprehensif merangkumi pengeluaran surat kuasa wakil, kaedah agihan hasil padi dan penamaan waris.
Selain itu, laporan itu mendapati sejumlah RM471,996 hasil padi tidak diagih kepada peserta pada setiap akhir musim penanaman padi sejak 2013.
Ia termasuk hasil padi sebanyak RM95,503 dan RM143,331 masing-masing pada akhir musim penanaman pada 2020 dan 2021, dan hasil padi terkumpul bagi musim penanaman padi bagi 2013 hingga 2019 berjumlah RM233,162 juga tidak diagih kepada peserta setakat 31 Dis 2021.
"Audit mengesyorkan data peserta Projek Ladang Merdeka diselenggara dengan lengkap, dikemas kini dan sistematik serta pemantauan rapi bagi memastikan agihan hasil padi yang teratur.
"Selain itu, kaedah pembayaran melalui pindahan secara elektronik ke akaun bank peserta perlu ditambah baik bagi memastikan proses agihan hasil padi dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan," menurut laporan itu.
Projek Ladang Merdeka diperkenalkan KADA pada 1991 bagi membentuk pengurusan sawah padi secara estet yang lebih sistematik, selain menangani masalah kemiskinan dan tanah sawah terbiar dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil padi.
Sehingga 31 Dis 2021, sebanyak 16 Ladang Merdeka yang terletak di Kota Bharu Utara, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan telah beroperasi dengan keluasan 737.52 hektar melibatkan 2,406 peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
LKAN 2021 mengesyorkan KADA menyemak perjanjian projek dengan peserta serta menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang komprehensif.- Gambar hiasan/KPWKM
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
LKAN: LTAT perjelas isu rizab negatif
Menurut LTAT, dana rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
LTAT perlu struktur semula strategi pelaburan, tingkat keupayaan pembayaran dividen
LTAT juga disyorkan supaya mempertingkatkan tatakelola pengurusan pelaburan dengan menambah baik polisi pelaburan supaya saham yang mengalami kerugian berpanjangan dapat ditangani.
Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.
Pantau isu, status terkini Laporan Ketua Audit Negara melalui sistem AGD
Selaras dengan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, Jabatan Audit Negara membangunkan sistem Pemuka Ketua Audit Negara (AGD).
Minitkan perbincangan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara - PM Anwar
LKAN perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
Terimaan pinjaman kasar negara pada 2022 meningkat 6.5 peratus kepada RM231.365 bilion - LKAN
Terimaan pinjaman kasar negara pada 2022 meningkat sebanyak RM14.164 bilion atau 6.5 peratus kepada RM231.365 bilion berbanding RM217.201 bilion pada 2021.
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada 2022 - LKAN
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada akhir 2022 berkurangan sebanyak RM8.24 bilion.