Kementerian Pertahanan tidak mengenakan denda lewat (liquidated damages) sebanyak RM116.54 juta terhadap syarikat atas kelewatan penyerahan Kapal Peronda Generasi Kedua (Kapal LCS 1).
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid mendedahkan, jumlah bayaran itu bagi kelewatan penyerahan Kapal LCS 1 selama 245 hari dari tarikh sepatutnya diserahkan iaitu April 2019.
"Jabatan Audit Negara (JAN) juga mendapati bayaran kemajuan yang dibuat terhadap Kapal LCS 1 melebihi kemajuan kerja sebenar iaitu 21.1 peratus.
"Kementerian itu juga didapati tidak mengenakan denda lewat berjumlah RM15.04 juta terhadap syarikat atas pembekalan pelancar Lightweight Multiple Launcher - New Generation (LML-NG) antara 28 hingga 171 hari dari tarikh sepatutnya diserahkan iaitu September 2018.
"Perolehan dibuat untuk 24 LML,-NG, tetapi didapati 20 buah yang lewat diserahkan," katanya dalam sidang media sempena Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri 1, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nik Azman berkata, JAN juga mendapati, sembilan kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) yang tidak menepati spesifikasi ditetapkan pihak United Nations (UN) sehingga menyebabkan bayaran balik yang diterima terkurang RM2.22 juta.
"APC ini untuk kegunaan Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan.
"Berdasarkan spesifikasi, APC perlu mempunyai sistem senjata 'integrated' yang membolehkan anggota Malbatt keselamatan melepaskan tembakan dari dalam kenderaan.
"Sebaliknya apa yang diterima, anggota MALBATT terpaksa mengeluarkan kepala dari APC untuk melepaskan tembakan," katanya.
Beliau menambah, ketidakpatuhan terhadap spesifikasi itu boleh merisikokan keselamatan anggota MALBATT.
Justeru katanya, JAN mengesyorkan Mindef menguatkuasakan klausa denda lewat terhadap syarikat atas kelewatan penyerahan dan pembekalan dengan membuat potongan daripada bayaran kemajuan seperti diperuntukkan dalam kontrak.
"Mindef perlu memastikan penyediaan kontrak secara beli semula perlu mengambil kira spesifikasi atau keperluan penggunaan berkaitan selain mengenakan tindakan sewajarnya terhadap syarikat atau pegawai yang tidak mematuhi kehendak dan arahan jabatan seperti tertakluk dalam undang, peraturan kewangan, kontrak serta standard prosedur operasi," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Mon Aug 24 2020

Ketidakpatuhan terhadap spesifikasi itu boleh merisikokan keselamatan anggota MALBATT. - Foto BERNAMA

Bola Sepak | Kedah belum tentu beraksi dengan Renan Alves
Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak belum tentu boleh menagih kudrat Renan Alves bagi pertemuan dengan Sabah, walaupun tonggak pertahanan itu direhatkan ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim pada aksi pembuka tirai Liga Super 2021. Aidil turut berkongsi bersama wartawan, Shahrazad Sani tentang situasi kecederaan yang mungkin memaksa pembentukan semula barisan pertahanan termasuk tanpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim.

COVID-19 | WHO tidak sarankan pasport vaksin ketika ini
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19. Ini kerana wujud pertimbangan etika disebabkan ketidaksamarataan dalam pemberian vaksin ketika ini.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Lawatan Arab Saudi | PM tiba di Riyadh, disambut Putera Mahkota
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dari Madinah di Terminal Diraja disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan.

Liga Malaysia | Penonton boleh kembali ke stadium
Berita baik buat semua peminat sukan bola sepak tanah air apabila anda mungkin boleh kembali ke stadium tidak lama lagi. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Seri Reezal Naina Merican menyatakan KBS bersama Liga Bola Sepak Malaysia, MFL bakal memberi usul "protokol pengurusan penonton" kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN bagi kelonggaran untuk penonton menyemarakkan arena bola sepak musim ini.

Hoki | Pemain THT jalani ujian saringan
Pengendali Terengganu Hockey Team THT, K. Rajan mengesahkan anak buah sudah menjalani ujian swab pada Isnin. Pemain yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini, termasuk penyerang skuad kebangsaan, Faizal Saari, bebas daripada virus itu.

Belajar guna YouTube, lelaki OKU kini buka kedai gunting rambut
Seorang OKU masalah pendengaran dan bisu tidak pernah berputus asa mencari rezeki sebagai tukang gunting rambut.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.6 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.6 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 525 ribu kes.

Pasaran AS | Dow Jones naik, Nasdaq alami pembetulan
Indeks Dow Jones meningkat pada dagangan pertama minggu ini diterajui saham yang dijangka dapat manfaat daripada pemulihan ekonomi Amerika. Ketika ini pelan rangsangan 1.9 trilion dollar amerika dijangka dilulus dewan perwakilan dalam masa beberapa hari lagi.

Bola Jaring | Menjelang Netball Super League
Teruja adalah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan perasaan kapten Pasukan Negeri Sembilan Venom, Lailatul-Ladhawiyah menjelang netball super league yang dijadual berlangsung hujung bulan ini. Hadir dengan semangat berbeza, ini bakal menjadi saingan sulung selepas dia tidak dapat bersama skuad kebangsaan ekoran kecederaan ACL yang dialami pada 2019.

LKAN: Kementerian Pertahanan tidak kenakan denda sejumlah RM116.54 juta
Ketidakpatuhan terhadap spesifikasi itu boleh merisikokan keselamatan anggota MALBATT.