awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKTN sasar 60,000 permohonan daftar lesen tembakau menjelang 2024

Bernama
Bernama
15/06/2023
03:31 MYT
LKTN sasar 60,000 permohonan daftar lesen tembakau menjelang 2024
LKTN mula memperkenalkan lesen tersebut pada 1 Jan 2022 dengan mengadakan kempen dan hebahan kepada orang ramai. - Gambar hiasan
KANGAR: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan menerima 60,000 permohonan pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau menjelang tahun depan.
Ketua Pengarahnya Idris Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengenal pasti 60,000 premis di seluruh negara yang perlu dilesenkan dan sehingga kini 16,000 lesen tanpa fi (bayaran) telah dikeluarkan.
"Tawaran pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau tanpa bayaran bermula 1 Jan sehingga 31 Dis ini dan selepas itu pemohon akan mula dikenakan bayaran lesen sebanyak RM150," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
"Permohonan lesen boleh dibuat secara dalam talian di portal pelesenan LKTN atau datang sendiri ke kaunter pelesenan LKTN yang terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata LKTN mula memperkenalkan lesen tersebut pada 1 Jan 2022 dengan mengadakan kempen dan hebahan kepada orang ramai sebelum membuka pendaftaran lesen tanpa bayaran berkuat kuasa 1 Jan hingga 31 Dis 2023.
Menurut Idris tafsiran mengedar tembakau terpakai kepada mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti mengalih, mengangkut, memindahkan, menghantar, menyampaikan, membekalkan, membawa atau menyimpan apa-apa tembakau atau keluaran tembakau.
Lesen dikenakan kepada individu yang mengedar 200 batang rokok dan ke atas, mempunyai pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau berkata pelaksanaan penguatkuasaan lesen tersebut merupakan antara usaha untuk mencegah penjualan dan penggunaan keluaran tembakau secara tidak sah.
"Kami menerima makluman yang positif daripada persatuan dan syarikat yang terlibat dengan industri tembakau dan berharap mendapat kerjasama baik semua pihak bagi penguatkuasaan lesen nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lktn
#lesen tembakau
#permohonan
#Idris Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan