KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka.
LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan itu akan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.
"Pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka ini juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini.
"Ini merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya," menurut kenyataan itu.
BACA: Lima lagi lebuh raya bakal laksana sistem pembayaran terbuka tol
BACA: Syarikat konsesi tekad pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol lancar
BACA: 3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
LLM turut berharap pengguna lebuh raya memberikan komitmen dan sokongan berterusan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
LLM berharap pengguna lebuh raya memberikan komitmen dan sokongan berterusan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
YTL AI Labs lancar Ilmu 0.1, atasi model Bahasa Malaysia lain
Ilmu 0.1 merupakan Model Bahasa Besar yang dibangunkan untuk rakyat Malaysia, dan mengatasi model LLM lain di peringkat global dalam Bahasa Melayu.
Deepavali: 2.62 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai esok
Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.
Model AI akan musnah sekiranya dilatih menggunakan data sintetik
Selepas beberapa generasi dilatih menggunakan data sintetik, model akan runtuh menyebabkan jawapan yang diberikan menjadi tidak masuk akal.
2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM
Pertambahan jumlah kenderaan dijangka berlaku secara berperingkat bermula 14 Jun (semalam) hingga 18 Jun 2024 (Selasa).
Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi
LLM memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan
Aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.
Aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal
Akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi perlahan disebabkan kemalangan.
Tahun Baharu Cina: LLM jangka trafik lebuh raya utama meningkat 2.4 juta
LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi, agar pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat dan lancar.