awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji rawatan air Cheras Batu 11 henti operasi

Bernama
Bernama
15/04/2014
03:52 MYT
Loji rawatan air Cheras Batu 11 henti operasi
Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, yang beroperasi semula sejak 30 Mac lepas, menghentikan operasi sejak 3 petang semalam berikutan paras ammonia dalam air mentah meningkat ke tahap berbahaya.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata paras ammonia yang dicatat ialah 4.50 part per million (ppm), iaitu melebihi tahap piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.
"Dengan penghentian sementara operasi LRA Cheras Batu 11 ini, kawasan yang mendapat bekalan air melalui LRA berkenaan mengalami catuan bekalan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, pengguna diminta bersiap sedia menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa catuan.
Priscilla juga berkata SYABAS akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini operasi LRA itu dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan air mentah di loji berkenaan.
Topic Berkaitan
#cheras batu 11
#pricilla alfred
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan